Puteri Balqis Teruja Berlakon Dalam Siri Halfworlds

0
466
views

Putri Balqis

Pelakon cilik Puteri Balqis mengakui teruja apabila diberi peluang untuk membintangi Siri Original HBO Asia “Halfworlds” yang membawa watak sebagai Tari.

Menurut pemenang anugerah Pelakon Wanita Terbaik Asia di Asian Television Awards 2014 (ATA 2014), walaupun wataknya itu bukan watak utama tetapi ia satu pengalaman yang cukup berharga buat dirinya.

“Pada awalnya saya memang tidak meletakkan sebarang harapan untuk diterima dan Alhamdulillah saya terpilih dan berangkat ke Jakarta, Indonesia pada Ramadhan lalu untuk jalani penggambaran.

“Biarpun bukan watak utama namun ia beri pengalaman cukup berharga kepada saya selain dapat berlakon di samping nama-nama besar di Indonesia,” katanya kepada mStar.

Tambah pelakon berusia 9 tahun ini lagi, dia akan bertutur sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris dalam “Halfworlds”.

Selain Puteri, “Halfworlds” turut dibintangi oleh Bront Palarae, Reza Rahadian, Adinia Wirasti, Aimee Saras dan ramai lagi.

Dalam pada itu, pelakon “1 Lawan Satu” itu juga memberitahu bahawa dia kini menghadkan kemunculannya di kaca televisyen kerana tidak mahu penonton bosan, selain mahu memberi fokus pada satu-satu projek sahaja.

Sementara itu, Puteri turut akan muncul dengan drama bersiri “Akulah Balqis” sebagai watak utama untuk slot Akasia di TV3 dan akan tampil dalam filem animasi “Upin Ipin Jeng Jeng Jeng!”.

sumber: www.cinema.com.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here