Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

Apakah Punca Sam Witwicky Tidak Muncul Dalam Transformers 4


Satu persoalan menarik timbul dari peminat-peminat filem Transfomers di Malaysia. Dimana watak utama Sam Witwicky? yup, setiap kali kami memuatnaik info mengenai watak utama tersebut, pasti ramai akan tertanya dimanakah beliau sekarang dan kenapa dia tidak muncul dalam filem Transformers 4: Age of Extinction

Ok kami disini akan berikan info seringkas yang mungkin. Kami mulakan dengan teori peminat-peminat filem diluar sana.

Sam dikatakan telah dibunuh oleh Organisasi kerajaan yang mahu menghalau Autobot keluar dari Planet Bumi. Jika anda perasan, terdapat individu tertentu dalam Kerajaan US mahu menghalau Autobot keluar memandangkan robot berkenaan telah membawa masalah kepada planet bumi dan US secara khususnya.

Jadi disebabkan Sam Witwicky sangat rapat dengan Transformers, mereka menggunakan alasan tersebut untuk membunuhnya kerana dikhuatiri Sam akan menyebelahi mereka. Lagipun, Sam adalah individu yang tahu segala rahsia antara Autobot dan kerajaan US.

Itu sekadar teori kerana dalam mana-mana filem Transformers 3 (Dark of the Moon) mahupun 4 (Age of Extinction), tiada info mengenai dimanakah Sam berada, cuma dalam Transformers 4, mereka ada menunjukan organisasi kerajaan telah menjalankan operasi memburu Autobot, so teori Sam dibunuh oleh Organisasi terbabit diguna pakai memandangkan Operasi tersebut mensasarkan Autobot dan manusia yang melindungi atau baik dengan autobot.


Lihat bagaimana Cage Yeager (Mark Walhberg) dan anak perempuannya, Tessa Yeager (Nicola Peltz) turut diburu oleh organisasi kerajaan kerana menyimpan Optimus Prime dalam filem Transformers: Age of Extinction .

UPDATE (19/7/2018) Dalam filem Transformers: The Last Knight, Sir Edmund Burton telah mendedahkan beliau merupakan ahli terakhir Order of the Witwiccans. Pertubuhan rahsia itu dianggotai oleh beberapa individu yang mengentahui kewujudan Transformers di Bumi dan telah membantu makhluk dari planet Cybertron itu dalam misi-misi kemanusia. Salah seorang anggota pertubuhan rahsia itu adalah Sam Witwicky (anda boleh lihat portret Sam dalam rumah agam Sir Edmund. Kenyataan Sir Edmund yang memberitahu dia adalah ahli terakhir Order of the Witwiccans mendedahkan kemungkinan besar Sam Witwicky telah mati/

Cage Yeager – Mark Wahlberg

Sekarang kita lihat dari sisi aktor tersebut pula.

Shia LaBeouf adalah aktor yang membawa watak Sam Witwicky. Dia seorang aktor yang muda yang sangat berbakat tetapi penuh dengan kontroversi. Sebagai aktor muda, jiwanya sentiasa mahukan pembaharuan dalam kariernya. Disebabkan itu, dia menolak untuk muncul dalam filem sekuel ke-4 dalam siri franchise Transformers. 

Berdasarkan laporan Indiewire.com pada tahun 2011, LaBeouf mendedahkan bahawa dia tidak lagi mahu meneruskan watak Sam Witwicky dalam filem Transformers akan datang (iaitu Age of Extinction) kerana mahu mencuba watak-watak lain dalam karier lakonannya.

Biasalah, darah muda dan perlukan cabaran dalam karier lakonan, LaBeouf mungkin merasa bosan untuk terus membawa watak-watak aksi gelabahnya dalam filem Transformers. Menurutnya lagi, dia mahukan watak-watak yang lebih dramatik dalam karier lakonannya (Korang boleh lihat filem-filem lakonannya selepas tahun 2011).

Antara Shie LaBeouf dan Mark Wahlberg, mana lagi “better”?

Jadi, inilah sebab kenapa kita tidak dapat melihat kelibat Sam Witwicky dalam filem Transformers 4 dan menjawab segala persoalan kenapa Sam digantikan dengan Cage Yeager dalam franchise filem Transformers seterusnya. By the way, bagi kami Cage Yeager lagi better dari Sam yang sangat annoying dan mengelabah dalam setiap filem. So kehilangan Sam, tidak dirasai sangat.


Related posts

10 Rancangan Muslim Yang Anda Boleh Tonton Di Qalbox

Kakimuvee

Trailer ‘Transformers: Rise of the Beasts’ Pratonton Filem Blockbuster Terbaru Transformers

Kakimuvee

Balik Kampung Dengan Disney+ Hostar & Bintang-Bintang Tempatan Kegemaran Anda Sempena Raya Ini

Kakimuvee

5 Pelakon Wanita Korea Yang Boleh Bawa Pelbagai Watak

Kakimuvee

5 Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Grogu

Kakimuvee

11 K-CONTENT THAT TRULY THRIVED ON NETFLIX IN 2022

Zulaikha