Punca Phil Lord dan Chris Miller Di Pecat Dari Mengarahkan Filem Han Solo

President Lucasfilm, Kathleen Kennedy mendedahkan punca mereka memecat Phil Lord dan Chris Miller dari terus mengarahkan filem spin off Star Wars, Han Solo adalah disebabkan mereka tidak menurut apa yang dikehendaki dalam skrip dan menambah idea kreatif mereka yang bertentangan dengan apa yang dimahukan oleh pihak studio.

Kathleen turut mendedahkan, bekas pengarah 21 Jump Street itu cuba membuat filem Han Solo seperti sebuah filem komedi sedangkan Lucasfilm mahu hasilkan sebuah filem space opera sama seperti filem-filem Star Wars yang lain.

Loading...

Tindakan mereka telah menyebabkan pihak studio berang dengan apa yang dilakukan oleh pengarah tersebut yang tidak mengikut skrip asal yang sudahpun ditulis oleh mereka.

“the directors had a responsibility to tell the story as written.” – Kathleen Kennedy

Selain itu juga, salah seorang pelakon filem berkenaan, Alden Ehrenreich menyuarakan kebimbangannya semasa proses pengambaran yang sedang berlangsung kerana it tidak sama seperti apa yang ditulis didalam skrip.

Beberapa hari yang lalu, Phil Lord dan Chris Miller dilaporkan meninggalkan projek filem Han Solo kerana dikatakan berlaku perbezaan idea kreatif yang mendorong mereka untuk meninggalkan projek itu. Namun President Lucasfilm menjelaskan mereka bukan meninggalkan projekt tersebut, tetapi sebaliknya dipecat dari terus melakukan pengambaran.

Bagi menggantikan tempat yang dikosongkan oleh kedua-dua pengarah terbabut, pihak studio, pengarah A Beautiful Mind dan The Da Vinci Code, Ron Howard telah dipilih untuk menyiapkan filem spin off kedua Star Wars itu.

Post Author: Kakimuvee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *