Punca Iron Man dan Captain America bergaduh dalam Civil War

0
595
views

Captain America vs Iron Man

Tahun depan, filem sequel Captain America: Civil War akan menemui penonton di pawagam. Ramai yang tahu bahawa filem ini mengenai perbalahan antara Iron Man dan Captain America sehingga berlakunya perpecahan dalam kumpulan The Avengers. Apakah puncanya sehinggakan Iron Man dan Captain America bergaduh? Sedangkan mereka dalam satu kumpulan The Avengers.

Menurut plot filem, selepas beberapa siri pertarungan antara The Avengers dan supervillian yang menyebabkan kemusnahan besar seperti yang berlaku dalam filem The Avengers: Age of Ultron, satu ‘political turnaround’ berlaku apabila pihak kerajaan yang didesak oleh orang ramai telah membuat satu akta untuk Superhero. Akta ini memecahbelahkan kumpulan The Avengers.

Ok, itu dari plot filem Captain America: Civil War, mari kita tengok dari segi jalan cerita asal comic ‘crossover Marvel’, Civil War.

civil-war-nitro2

Menurut Komik ‘Civil War’, insiden ini terjadi selepas berlaku satu peristiwa pengeboman oleh supervillian Nitro disebuah bandar di Stamfort, Conneticut.

Ini disebabkan superhero baru dari rancangan Realiti TV, The New Warriors telah bertempur dengan sekumpulan Supervillian di bandar tersebut dan menyebabkan kemusnahan yang besar termasuklah memusnahkan sebuah sekolah dan membunuh kesemua kanak-kanak di dalam bangunan tersebut.

Marah dengan insiden itu, penduduk awam Amerika telah memberi tekanan kepada kerajaan untuk mengambil tindakan dari mengelakkan kejadian tersebut berulang. Walaupun high profile superhero datang membantu dan menyelamat mangsa-mangsa pertempuran itu, kerajaan tetap membuat keputusan yang menyebabkan kumpulan superhero ini berpecah.

Keputusannya ialah menguatkuasakan Akta Pendaftaran Superhero dimana mana-mana manusia yang mempunyai kuasa luarbiasa dikehendaki mendaftarkan diri kepada kerajaan.

Team Captain America vs Team Iron Man

Akta tersebut mengkehendaki superhero mendedahkan identiti mereka dan menggunakan kuasa superhuman mereka dibawah peruntukan Akta. Kiranya mereka ini akan menjadi seperti seorang anggota polis.

Captain America menentang akta tersebut kerana mencabuli hak superhero kerana terdapat superhero yang sudah berkeluarga dan jika akta ini dikuatkuasakan, segala identiti superhero akan diketahui oleh villian dan mendorong villian memburu ahli keluarga mereka.

Manakala Stark bersama-sama doktor Hank Pym dan Dr. Reed Richard (Fantastic Four) menyokong Akta ini.

Keengganan Captain America menyokong akta baru ini mendorong pihak kerajaan mengistiharkan Captain America sebagai penentang kerajaan dan mendorong Iron Man bersama-sama superhero yang menyokong akta pendaftaran bertindak memburu Captain dan superhero yang menentang akta tersebut.

Disini punca berlakunya Perang saudara antara Superhero. Spiderman pada waktu ini tersepit ditengah-tengah manakala Mutant berkecuali dan tidak masuk campur dalam perbalahan tersebut.

captain-america-3

Dah nampak sedikit sebanyak bagaimana jalan cerita filem Captain America: Civil War akan datang? jadi, puncanya ialah akta yang dibuat oleh pihak kerajaan, sama seperti dalam plot filem ini. Jika hendak tahu lebih lanjut, kenalah tengok dekat pawagam nanti yang bakal ditayangan pada 6 May 2016

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here