Program Tayangan Filem Asean 27 Hingga 28 Ogos Ini

0
200
views

Presentation1

Pada 27 sehingga 29 Ogos ini, peminat filem berpeluang untuk menonton beberapa filem bermutu terbitan beberapa negara Asean di TGV KLCC sempena program Tayangan Filem Asean. Filem-filem yang bakal ditayangkan adalah filem terpilih negara-negara Asean untuk terlibat dalam program ini.

Filem-filem tersebut dipilih oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) berdasarkan mutu dan kemenangan dalam beberapa festival. Ia memberi peluang kepada peminat menonton hasil kerja terbaik.

Bukan sahaja kita dapat menonton filem tersebut, mala setiap filem akan diwakili oleh beberapa orang yang terlibat dalam filem yang akan ditayangkan itu seperti pengarah atau pelakon. Mereka juga akan memperkatakan pasal filem tersebut sekali gus boleh menjadi medan bertukar-tukar pendapat sesama pengamal industri.

Dalam program tersebut, sebanyak 15 buah filem disasarkan untuk ditayangkan. Antara yang sudah mengesahkan untuk bersama sama dalam acara tersebut ialah Yasmine (Brunei), Sayang Di Sayuang (Singapura), Halaw (Filipina), Cambodian son (Cambodia), Cuak (Malaysia), Soekarno (Indonesia), Pee Mak (Thailand) dan beberapa lagi yang sedang dalam perbincangan.

Pengarah Komunikasi Korporat & Pengurusan Strategik Finas, Datuk Fauzi Ayob berkata, pihak mereka memilih filem yang bakal ditayangkan berdasarkan mutunya.

“Rata-rata filem yang dipilih pernah memenangi anugerah di beberapa festival yang mereka sertai,” kata Fauzi

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here