Produser Perlu Jelas Bayaran Kru Sebelum Stesyen TV Membuat Bayaran – FDAM

0
65
views

Dalam memastikan kebajikan kru produksi terjaga, Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) menetapkan syarat agar pihak produser menjelaskan bayaran sepenuhnya kepada kru sebelum mereka menerima bayaran sepenuhnya daripada stesen televisyen.

Berkata kepada Astro Gempak, Ahmad Hisham yang merupakan Biro Pembangunan FDAM berkata, syarat ini penting dalam memastikan nasib kru produksi terbela.

“FDAM mahu pastikan semua bayaran sudah dibayar pada kru barulah stesen televisyen bayar pada produksi,” 

Malah, perjuangan FDAM juga mahu membantu ahli mereka dari aspek peluang kerja yang diterima daripada produksi dan stesen televisyen.

“Jika pengarah itu bukan ahli FDAM, dia patut disingkirkan. Maknanya, produser kena peka pengarah yang diambil untuk projek mereka adalah ahli FDAM,” katanya.

Syarat Padu Citra yang dikuatkuasakan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) sebelum ini menyatakan, pengarah perlu berdaftar sebagai ahli FDAM manakala kru produksi bersama Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima), dan pelakon boleh memilih sama ada menyertai Persatuan Seniman Malaysia mahupun Persatuan Karyawan Malaysia.

Ahmad juga memberitahu, masih wujud ramai pengarah bukan ahli FDAM yang bekerja dengan stesen televisyen.

“FDAM memang tidak menjanjikan peluang kerja pada ahli tapi persatuan akan membela nasib pengarah ketika berdepan masalah seperti sakit dan mempunyai masalah dengan stesen televisyen.
 
“Kebanyakan pengarah yang bukan ahli FDAM selalu bising pasal persatuan tak bagus, tak betul dan tak buat kerja sedangkan dia tidak duduk sebagai ahli,” katanya.

Jelasnya, FDAM bagaimanapun bukan persatuan kebajikan seperti persatuan lain yang memberikan sumbangan sebaliknya bertindak membantu ahli.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here