Poster Pertama Venom Didedahkan, Trailer Akan Dikeluarkan Esok

0
356
views

Sony Pictures telah melancarkan poster rasmi pertama filem antihero mereka, Venom dan mengumumkan trailer pertama filem tersebut akan dilancarkan pada esok hari. Poster yang ditunjukan sangat ‘simple’ dengan sekadar menunjukkan logo yang sering digunakan Venom. Anda boleh lihat poster tersebut dibawah.

Filem Venom yang memulakan penggambaran pada Oktober tahun lepas baru sahaja selesai menjalani penggambarannya baru-baru ini dan kini sedang dalam proses post-produksi.

Diarahkan oleh Ruben Fleischer dan ditulis oleh Scott Rosenberg serta Jeff Pinkner, Venom menampilkan Tom Hardy sebagai Eddie Brock yang juga host kepada Venom, karakter utama filem ini. Selain itu juga, ia turut dibintangi oleh Michelle Williams, Riz Ahmed, Jenny Slate dan Woody Harrelson.

Venom bakal menemui penonton pada 5 Oktober 2018

Sumber: Comingsoon.net

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here