Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Poster Filem Paskal Telah Didedahkan


Filem edaran GSC Movies, Paskal The Movie telah melancarkan poster pertama mereka. Anda boleh lihat poster filem tersebut dibawaha yang dikongsikan oleh pelakon Amerul Affendi dilaman Twitter miliknya sebentar tadi.

Filem Paskal diadaptasikan dari kejadian sebenar yang berlaku pada anggota elit keselamatan negara kita iaitu misi misi membebaskan kapal dagang MT Bunga Laurel yang ditawan lanun Somalia di Teluk Aden pada 2011 dan juga kejadian yang pernah dialami anggota PASKAL dalam Misi Pengaman PBB di Angola pada 1998.

Filem yang menelan belanja RM10 juta ini diarahkan Adrian Teh dan dipantau oleh Kementerian Pertahanan.

Ianya dibintangi oleh Hairul Azreen, Ammar Alfian, Henley Hii, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Hafizul Kamal, Theebaan G, Jasmine Suraya Chin.

Paskal the Movie dijangka akan menemui penonton pada 31 Ogos 2018 sempena menyambut hari Kemerdekaan yang ke-61.



Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Review: Zombitopia (2021)

Kakimuvee

Review Filem: Tuju Tuju (2021)

Ahmad Fariszuan