Poster “Fan-Made” Obi-Wan Kenobi – Filem Spin off Star Wars Terbaru

0
88
views

Walaupun pengambaran filem Spin-off Star Wars yang berjudul Obi-Wan Kenobi belum bermula. Filem yang mengisahkan ‘tok guru’ kepada Anakin dan Luke Skywalker itu telah mendapat sentuhan peminat menerusi sebuah poster yang dihasilkan oleh salah seorang pengguna forum Reddit.

Pengguna yang bernama Rikard_ itu telah mencipta poster filem berkenaan yang menunjukkan Obi-Wan berada di gurun yang terletak di Planet Tatooine. Beliau percaya filem berkenaan akan berlatarbelakang planet Tatooine dan menjadi inspirasinya untuk hasilkan poster fan-made itu. Anda boleh lihat poster fan-made filem Obi-Wan Kenobi dibawah;

Filem spin-off Star Wars itu dipercayai akan memulakan pengambaran pada Januari 2019 dan diarahkan oleh Stephen Daldry.

Buat masa ini tiada pelakon disahkan membintangi filem tersebut, tetapi terdapat laporan yang mengatakan aktor yang membawakan karakter Obi-Wan dalam filem Star Wars Episode I-III, Ewan McGregor berminat untuk membawa kembali karakter utama Star Wars itu.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here