Populariti Tiz Zaqyah Semakin Pudar

0
653
views

tiz-zaqyah

Pelakon Tiz Zaqyah mengakui popularitinya tenggelam sejak akhir-akhir ini namun tidak sedikit pun berasa kesal atau terkilan kerana dirinya terlalu fokus kepada kerjaya lakonannya sehingga tidak ada masa untuk menghadiri acara hiburan.

Berikutan itu publisiti terhadapnya kurang tetapi Tiz atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak berkata dia mempunyai cara lain iaitu menggunakan kuasa media sosial seperti Instagram, Facebook dan Twitter untuk mewar-warkan perkembangan terbarunya dengan peminat.

“Saya sebenarnya ada sahaja tetapi saya akui memang jarang menghadiri acara hiburan dan sebab itu jarang ada publisiti mengenai saya. Tambahan pula pada kebanyakan masanya saya sibuk di lokasi penggambaran kerana fokus saya adalah kerja.

“Tetapi itu bukan satu masalah kerana dengan zaman media sosial sekarang saya masih boleh beritahu peminat tentang perkembangan terkini saya,” katanya kepada mStar.

Pada masa sama pelakon “Cinta Kura-Kura” ini juga dengan tenang berkata dia tidak gusar atau bimbang dengan popularitinya yang semakin merudum kerana ia bukan lagi menjadi keutamaannya.

Menurut pelakon berusia 27 tahun itu lagi, dia yakin namanya akan sentiasa dalam ingatan peminat sekiranya setiap lakonannya mampu memberi impak kepada penonton.

Sementara itu, bercerita mengenai perihal peribadinya Tiz tidak berselindung mengatakan fokusnya kini hanya pada kerjaya sahaja dan belum memikirkan soal perkahwinan kerana menyerahkan soal jodoh kepada takdir.

Dalam perkembangan lain, Tiz kini sedang sibuk dengan penggambaran drama bersiri terbaru berjudul “Lara Cinta Amina”.

Sumber: mStar

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here