Pok Ya Kembali Pada Hari Raya Dalam “Pok Ya Cong Codei Raya”

0
361
views

Pengarah dan pelakon, Sabri Yunus bakal meneruskan kesinambungan telefilem Pok Ya yang berjudul Pak Yo Cong Codei Raya. Menurut Sabri, karya terbarunya itu akan terus mengekalkan dirinya sebagai Pok Ya selaku teraju utama.

Pak Yo Cong Codei Raya kali ini akan berkisarkan tentang persiapan Pok Ya untuk menyambut sambutan Hari Raya Aidilfitri disamping menceritakan Pok Ya kembali kepada pangkuan isteri dan anak yang diabaikan sebelum ini.

Sabri juga berkata, watak isteri dan anak Pok Ya merupakan watak baru dalam telefilemnya itu.

“Isteri dan anak Pok Ya adalah watak baru yang akan diperkenalkan dan saya sudah mengenalpasti ‘anak Kelantan’ untuk melakonkannya,” ujarnya

Selain Sabri Yunus, sambungan telefilem Pok Ya Cong Codei ini akan turut menampilkan barisan pelakon lain seperti Sasqia Dahuri, Issey dan pelakon veteran tersohor Wan Hanafi Su.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here