Pok Ya Cong Codei Review

0
316
views

Review Pok Ya Cong Codei 2018.

Sebuah telemovie yang mengisahkan tentang kehidupan seorang lelaki yang digelarkan Pok Ya. Tinggal bersama isteri beliau di sebuah kampung di Kelantan.

Konflik bermula apabila seorang rakan lamanya, Dato Sahak datang ke rumahnya untuk meminta beliau mencari anaknya yang disyaki telah diculik oleh seorang lelaki yang juga merupakan pekerja kepada Dato Sahak. Dengan tawaran sebanyak RM30 ribu, Pok Ya menerima tugasan tersebut dengan menaikkan harga tawaran kepada RM40 ribu.

Pengkisahan Pok Ya bertambah menarik setibanya beliau di Kuala Lumpur dan menginap di sebuah hotel yang disebutnya sebagai “Hotel Cong Codei” (Concorde).Dengan bantuan rakan rakannya, Pok Ya akhirnya berjaya menemukan anak perempuan Dato Sahak akan tetapi Dato Sahak telah berniat jahat kepada Pok Ya kerana mengatakan bahawa Pok Ya telah menipunya.

Kisah Pok Ya dalam telemovie ini diceritakan dengan begitu bersahaja. Walaupun perkembangan watak yang terdapat dalam telemovie ini tidak begitu baik bagi sesetengah watak, namun itu tidak menjejaskan secara keseluruhan tentang apa yang berlaku.

Plot yang disusun satu persatu memberikan kefahaman kepada penonton tentang apa yang berlaku dalam pengkisahan Pok Ya ini. Unsur jenaka yang cukup bersahaja daripada watak Pok Ya yang dilakonkan oleh Sabri Yunus dalam loghat Kelantan nya itu menambahkan lagi rasa ingin menonton telemovie ini.

Dari satu sudut yang lain, sinematografi telemovie ini mungkin tidak sehebat telemovie yang lain namun itu tidak menghalang pihak produksi bagi menyampaikan mesej mesej yang begitu padat kepada penonton.

Sesungguhnya karya Sabri Yunus ini bukan satu karya yang tipikal dan ia sememangnya satu karya yang cukup hebat dan sarat dengan mesej dan pengajaran.

” Kalu betullah maley ni… Tuhan bui tugah ko demo untuk ambik nyawo kawe maley ni… Kawe redho… Tapi kalu Tuhan tok izin… Sebutir bedil pun tok akey hinggak di tubuh kawe maley ni ”
(Pok Ya Cong Codei, 2018)

Rating : 8/10

Pok Ya Cong Codei

0.00
Pok Ya Cong Codei
8

DRAMA

8.0/10

MUZIK LATAR, SOUND EFFECTS

6.0/10

PLOT / CERITA ASAL

10.0/10

VISUAL / CINEMATOGRAFI

6.0/10

PEMBANGUNAN KARAKTER

10.0/10
Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here