PM Najib Teruja Dengan Trailer Filem Paskal

0
156
views

Trailer filem Paskal yang baru dilancarkan telah menarik perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sehingga beliau telah berkongsi trailer tersebut di laman Twitter miliknya semalam.

Najib juga turut memberikan caption yang cukup bersemangat semasa berkongsi trailer tersebut kepada ‘followers’ Twitter beliau. “Pendekar melangkah tangan menggegar”. Hebat PASKAL @tldm_rasmi ! #NegarakuMalaysia #HebatkanNegaraku #PerkasaPerwira #SentiasaYangTerbaik #SediaBerkorban,” Anda boleh tonton trailer pertama filem Paskal dibawah.

Diarahkan oleh Adrian Tan, filem yang menjalani penggambaran di Lumut, Perak, Semporna, Sabah dan Maghribi itu dibintangi pelakon Hairul Azreen, Datuk Eizlan Yusof, Ammar Alfian, Henley Hii, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Hafizul Kamal, Theebaan G dan Jasmine Suraya Chin.

Barisan pelakon yang membintangi filem berkenaan turut menjalani latihan pendek bersama TLDM di Lumut bagi menjiwai watak dengan lebih berkesan.

Diangkat daripada kisah benar, Paskal mengisahkan kejayaan pasukan elit itu dalam Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Angola pada 1998 selain misi merampas kapal dagang MT Bung Laurel daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada 2011.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here