Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Pirates Of The Caribbean : Salazar’s Revenge Review


Ada yang mengatakan ini merupakan sekuel terakhir Pirates Of The Caribbean disebabkan ayat “The Final Adventure” yang terpampang sewaktu trailler filem tersebut dimainkan. Jadi, setelah menonton filem ini, akan berasakan, kemungkinan besar filem ini merupakan sekuel terakhir.

Menurut pengarah bersama filem ini, Joachin Rønning dalam satu temuramah pun ada berkata filem ini bukan filem terakhir dalam francais, beliau kata mungkin ada lagi 10 sekuel Pirates Of The Caribbean selepas ini. Tapi beliau tak menjanjikan apa-apa lagi, cuma beliau kata perjalanan hidup Jack Sparrow belum berakhir.

Filem ini membawa penonton kembali ke masa silam, masa di mana Kapten Jack Sparrow berjaya menjadi kapten untuk kapal lanunnya semasa muda. Watak cilik, selamba dan humor yang dibawakan oleh Johnny Depp begitu menyerlah sehingga penonton tidak akan kering gusi dengan aksi jenaka yang dibawa olehnya macam biasa.

Musuh lama Jack Sparrow, Kapten Armando Salazar (Javier Bardem) yang disumpah di Segitiga Berpuaka berjaya bebas dari sumpahan yang menghalangnya untuk belayar bebas di lautan selepas terkena sumpahan akibat satu insiden di mana Jack Sparrow mengkhianati janjinya

Watak Henry Turner (Brenton Thwaites) dan Caryna Smyth (Kaya Scodelario) yang bertemu kerana mempunyai misi dan visi yang sama untuk mencari bapa mereka sekaligus membantu Jack Sparrow untuk mendapatkan kuasa teragung lautan dan membebaskan dirinya daripada diburu oleh Kapten Salazar.


Filem kali ini berjaya membuat emosi penonton untuk ketawa dan dan bersedih di pehujungnya. Boleh dikatakan ini adalah sekuel terbaik POTC dan tidak keterlaluan kalau dikatakan sekuel POTC ini setanding dengan filem asal, aspek ‘suasananya’ pun sama.

Karakter pelakon-pelakon asal dan pelakon baru sama hebat, terutama Javier Bardem yang memang tak dinafikan kehebatan lakonannya, memang nampak kekejamannya yang ketara. Cuma CGI ‘Hantu Salazar’ tu agak ‘kartun’ sedikit, tapi tak apa boleh dimaafkan, tak mencacatkan pun.

Watak Will Turner dan Elizabeth Turner muncul sekejap je di akhir-akhir cerita.

Sekuel kali ini jalan ceritanya mudah difahami, santai, menarik, lagu latar dan cinematografi yang hebat dan WOWW Unsangkarable!! Filem ini mempunyai Post-Credit, jadi tunggu sehingga di penghujung cerita ya!

Rating: 8/10

*Review ini ditulis oleh Natasha, salah seorang admin page Kakimuvee


Related posts

Review Filem: The Exorcist: Believer (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Creator (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Sleep (2023)

Kakimuvee

Showrunner The Last of Us Sedang Bangunkan Filem Baharu Pirates of the Caribbean

Kakimuvee

Review Filem: The Equalizer 3 (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Malbatt Misi Bakara (2023)

Kakimuvee