Pinjamkan Hatiku Disiarkan Secara Haram, Farid Kamil Akui Kecewa

0
47
views

Pelakon filem romantik Pinjamkan Hatiku, Farid Kamil akui kecewa setelah mengentahui filem lakonannya bersama Shaheizy Sam dan Aida Jebat disiarkan secara haram dilaman sosial baru-baru ini.

Beliau berkata demikian semasa ditemubual oleh wartawan mStar.

“Sebagai pelakon, siapa yang tak marah apabila hasil kerja yang dilakukan dengan penuh rasa tanggungjawab disalah gunakan seperti itu. 

“Saya ibaratkan perbuatan cetak rompak digital ini seperti dirogol tanpa kerelaan. Tindakan harus diambil bagi memastikan masalah ini tidak bertambah parah dan jangan sewenang-wenangnya menyebarkan hak kerja orang lain kepada awam secara percuma,” – Farid Kami

Berikutan itu, Farid telah tampil membuat satu laporan polis di Balai Polis Puchong Jaya, Selangor semalam supaya pihak tersebut diheret ke muka pengadilan.

Selain Farid, turut membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan adalah pihak penerbit dan pengarah iaitu Osman Ali.

Pelakon berusia 36 tahun itu berharap agar tindakan tegas diambil bagi menangani masalah ini yang mampu merosakkan industri filem dalam jangka masa panjang.

Dalam pada itu, mengulas lanjut mengenai perkara ini Farid berkata walaupun dia hanya pelakon sahaja dalam filem tersebut, namun dia terpanggil untuk sama-sama tampil untuk memastikan isu cetak rompak digital ini dapat dibanteras kerana ia juga melibatkan kredibiliti mereka sebagai pemain industri.

Filem terbitan Aurawhite Global Sdn Bhd bersama Nuansa Film Sdn Bhd dibintangi pelakon hebat seperti Farid Kamil, Ayda Jebat dan Shaheizy Sam.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here