Pierce Brosnan ditahan bawa pisau

0
233
views

pierce-brosnan1

Bekas aktor filem James Bond, Pierce Brosnan ditahan pihak berkuasa di pusat pemeriksaan Lapangan Terbang Vermont, AS, selepas didakwa membawa pisau.

Pegawai polis Burlington Left Shawn Burke berkata, Pierce Brosnan diperiksa ejen Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan (TSA) di lapangan terbang berkenaan.

“Brosnan ditahan di salah satu pusat pemeriksaan TSA,” katanya.

Bagaimanapun perjalanan aktor itu tidak terganggu selepas isu itu diselesaikan dengan penjelasan diberi Brosnan.

Kata Burke, polis belum menerima sebarang laporan mengenai kejadian, manakala pegawai TSA pula mendakwa tidak mengetahui hal tersebut.

Aktor Ireland – AS itu sebelum ini memegang watak sebagai ejen rahsia 007 dalam filem Golden Eye dan Die Another Day. Dia juga membintangi Thomas Crown Affair dan Mrs Doubtfire.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here