Peransang Rentap Gagal, Pengarah dan Penerbit Akui Tidak Kecewa

0
462
views

Walaupun filem Peransang Rentap gagal, pengarah dan penerbit filem berkenaan mengakui tidak kecewa terhadap kegagalan tersebut, malah mengakui kurangnya promosi menjadi sebab filem tersebut tersungkur.

Menurut Lina Johor semasa ditemubual oleh Harian Metro, beliau mengakui, promosi yang hebat menjadi kunci untuk memberitahu kepada peminat bahawa filemnya berada di pawagam.

“Filem ini memang kekurangan promosi kerana kami tidak mempunyai peruntukan secukupnya untuk melakukan promosi secara besar-besaran sebelum ini. Kami juga sedia maklum promosi kunci utama dalam menyampaikan kepada semua golongan masyarakat bahawa filem ini berada di pawagam.

“Terus-terang, ramai peminat yang bertanya bila filem ini akan ditayangkan sedangkan tayangannya sudah selesai,”

filem terbitan Unique Twins Sdn Bhd telah ditayangkan di pawagam pada 2 November lalu, namun kutipan yang diterima cukup menghampakan apabila hanya mampu mengaut RM22 ribu sahaja sepanjang 14 hari tayangan di pawagam tempatan.

Dalam pada itu, walaupun gagal, penerbitnya Diana Johor turut sama menyuarakan perkara sama iaitu tidak kecewa dan redha kerana mereka sudah melakukan yang terbaik.

Malah dia bersyukur apabila filem itu ditayangkan juga di pawagam selepas berdepan dengan pelbagai dugaan sejak 2014 lagi.  Bercerita lanjut mengenai filem patriotik itu, Diana mendedahkan dia mendapat banyak respon positif daripada penonton selepas menonton ini.

Berikutan itu, dia tidak akan berputus asa dan akan terus menerbitkan filem-filem bergenre patriotik pada masa depan. Sementara itu, Diana berharap filemnya akan mendapat sambutan apabila ditayangkan di Astro First yang bermula sejak 11 Januari 2018.

Sumber: Cinema Online, Harian Metro

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here