Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Perangsang Rentap : Perutusan Pahlawan Rentap (2017) Review


Judul : PERANGSANG RENTAP

Tarikh Tayangan : 2 November 2017

Genre : Aksi romantic

Bahasa : Iban

Sarikata : Bahasa Malaysia


Sinopsis :

Mengagumi keberanian pahlawan Sarawak yang dipanggil Rentap, Jenang memasang impian untuk menyertai peperangan menentang British. Bagaimanapun, dia kecewa apabila tidak dibenarkan menyertainya. Dia kemudian telah bertemu dengan Entiang, seorang gadis dari kampung seberang yang mana dia kemudian telah jatuh cinta. Perkara menjadi lebih sukar apabila dia perlu bersaing dengan Jambai untuk memenangi hati Entiang.

Amaran!! Review ini mengandungi major spoiler.

Filem ini merupakan satu filem unik di mana hampir 100% dialog yang digunakan dalam bahasa iban. Mujur ada sarikata yang disediakan kalau tidak memang keluar pawagam garu kepala pada sesiapa yang tidak paham bahasa iban. Filem ini bukan mengenai Rentap namun lebih kepada coming of age watak utama. Dilema Jenang dalam memilih berjuang bersama Rentap atau cinta hati. Filem ini boleh dikatakan cerita sampingan yang berlaku sewaktu peperangan antara Rentap dan Raja Putih Brooke. Filem ini unik dan pujian boleh diberikan pada pihak produksi untuk idea lain dari yang lain.

Jalan cerita sangat mendatar dan straightforward. Tak padan dengan latar muzik yang saya kira grand. Konflik yang dilihatkan sangat remeh dan kemuncak cerita saya kira antiklimaks. Plot hole memang tidak banyak kerana jalan cerita banyak tertumpu pada karakter Jenang sahaja. Filem ini sangat slow pace hinggakan penonton di sebelah kanan saya tertidur dengan nyenyaknya di awal filem lagi.

Romance antara Jenang dan Entiang lebih kepada cinta pandang pertama sepatutnya, namun perasaan cinta itu tak sampai. betul ke ini cinta atau naluri ingin tahu dari satu manusia kepada manusia yang lain.

Aksi yang ditunjukkan cuma 5 minit babak pertarungan antara Jenang dan antagonis. Menyedihkan kerana babak tersebut umpama nasi campur, tiada sequence dan paling teruk ada footage yang digunakan semula.

Tak padan dengan genre aksi romantik yang diberikan.

Lakonan para pelakon adalah biasa-biasa, malah ada bahagian yang saya kira kaku.

Kesimpulannya, ini adalah satu percubaan yang baik.

rating 4/10


Related posts

Review Filem: The Exorcist: Believer (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Creator (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Sleep (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Equalizer 3 (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Malbatt Misi Bakara (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Concrete Utopia (2023)

Kakimuvee