Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Penulis Spider-Man: Homecoming Semakin Hampir Arahkan Filem Flashpoint?


Pengarah filem Game Night yang juga penulis skrip untuk filem Spider-Man: Homecoming, John Francis Daley dan Jonathan Goldstein dilihat semakin hampir untuk mengarahkan filem superhero terbaru Warner Bros. yang berjudul Flashpoint. 

Walaupun tiada pengumuman rasmi dari studio berkenaan, tetapi status laman sosial Twitter milik John Francis Daley seolah-olah mengesahkan bahawa beliau dan rakannya akan mengarahkan filem Flashpoint.

Khabar angin mengenai penglibatan kedua-dua pengarah ini dengan projek filem Flashpoint bermula pada awal Januari yang lalu selepas Ben Affleck menolak tawaran untuk mengarahkan filem solo The Flash. 

https://twitter.com/JohnFDaley/status/970006947515662336

Flashpoint sepatutnya ditayangkan pada tahun ini, tetapi tayangan telah ditunda pada tahun 2020. Ini memberi peluang kepada pihak Warner Bros. untuk mencari calon pengarah yang sesuai untuk mengarahkan filem ini. Jika John Francis Daley dan Jonathan Goldstein disahkan mengarahkan Flashpoint, ia mungkin akan memberikan sedikit kelainan kepada mood filem DC itu. Mungkin lebih humor dan menghiburkan.



Related posts

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Dune: Part Two Menjadi Filem Arahan Denis Villeneuve Paling Panjang

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee

Todd Phillips Kongsikan Gambar Terbaru Joker 2 Yang Menampilkan Joaquin Phoenix

Kakimuvee

Siri Reboot Harry Potter Akan Teroka Buku-Buku Asal Dengan Lebih Mendalam

Kakimuvee

Trailer Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terakhir DCEU

Kakimuvee