Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Pennywise, IT Bakal Menghantui Anda Pada 2017


pennywise-it-traje

Stephen King adalah novelis terkenal Amerika dan dikenali sebagai novelis yang seringkali menulis novel-novel seram, sains fiksyen, supernaturan fiksyen dan drama. Beberapa novelnya telah diadaptasikan dalam bentuk filem seperti  Stand by Me, The Shawshank Redemption, dan The Mist

Pada tahun 1990, salah satu Novel seramnya, IT telah diadaptasikan dalam bentuk TV miniseries dengan Tim Curry membawa watak Pennywise the Clown, badut yang menyeramkan. Badut Pennywise sangat terkenal kerana paras rupanya menakutkan.

Kini, siri tersebut telah diadaptasikan dalam bentuk filem dan IT akan ditayangkan pada 8 September 2017. Bill Skarsgård (Pelakon filem The Divergent Series: Allegiant) akan membawa watak Pennywise the Clown, manakala Andrés Muschietti akan menjadi pengarah filem seram tersebut.

Andrés Muschietti juga merupakan penulis skrip untuk filem ini dengan dibantu dengan beberapa nama besar dalam dunia filem seram antaranya Gary Dauberman merupakan penulis untuk filem spin off The Conjuring, Annabelle dan filem sekuel Annabelle 2. 

Badut Pennywise seringkali digunakan dalam video-video prank dengan memaparkan seorang lelaki memakai custom badut tersebut dengan tujuan untuk menakutkan orang.


IT bakal mengisahkan sekumpulan kanak-kanak yang tinggal Derry, Maine. Mereka dikenali sebagai ahli kumpulan The Loser’s Club dan bakal berhadapan dengan gangguan badut Pennywise, badut yang kejam dan menakutkan.

Jom kita tengok gambar terbaru Pennywise the Clown untuk filem akan datang:

https://www.instagram.com/p/BOVva1MABdQ/?taken-by=tom_woodruffjr


Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Welcome to Derry: Siri Prekuel “It” Kini Sedang Dibangunkan Di HBO MAX

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Pelakon Asal Watak ‘Mak Lampir’, Farida Pasha Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Is Mohd