Penjelasan babak ‘post’ kredit filem Ant-Man

0
408
views

set_marvel_ant_man_paul_rudd_640

SEKIRANYA menonton filem-filem marvel ini, anda sepatutnya untuk tidak meninggalkan tempat duduk semasa scene kredit filem, kerana kebiasaanya Marvel akan menunjukkan teaser untuk filem mereka akan datang semasa babak ‘mid’ kredit ataupun ‘end’ kredit. Kebiasaanya filem-filem Marvel akan menyampaikan mesej yang jelas semasa ‘mid’ kredit manakala ‘End’ kredit sekadar tagline ataupun sekadar scene yang ringan. Ingat lagi filem Age of Ultron yang mana semasa ‘mid’ kredit menunjukkan Thanos dalam keadaan marah dan ‘end’ kredit sekadar tagline “The Avengers will return in Infinity War” bukan?

Tetapi untuk filem Ant-Man, ianya sangat berbeza, kerana filem tersebut memberi hint untuk filem Marvel akan datang dalam kedua-dua scene ‘mid’ dan ‘end’ kredit mereka. Satu introduction kepada superhero baru (mungkin?) dan satu lagi konflik yang dihadapi oleh Captain America. Mungkin merujuk kepada filem Captain America  yang akan datang iaitu Captain America: Civil War. Mari kita tengok penjelasan scene-scene dalam filem Ant-Man

Mid Credit

Scene ini, Hank Pym membuka peti rahsia dan menunjukannya kepada anaknya Hope tentang suit Wasp yang terbaru. Suit yang sepatutnya dipakai oleh ibu Hope kini akan diserahan kepada Hope oleh Hank Pym. Scene ini sebenarnya spoiler bagi peminat Marvel kerana Hope Van Dyne sepatutnya menjadi Supervillian, tetapi Marvel menukar watak Hope menjadi watak Wasp yang terbaru, mengantikan Janet Van Dyne, ibu kepada Hope.

maxresdefault

Marvel menjelaskan Wasp tidak akan muncul dalam filem sequel Captain America tapi akan memegang watak utama dalam beberapa filem akan datang dan filem sequel Ant-Man khususnya.

End Credit

Semasa mid kredit memberi tumpuan kepada karakter terbaru Marvel, post kredit menunjukkan karakter Falcon, Captain America dan Bucky Barnes aka The Winter Soldier. Scene ini menunjukkan Captain America dan Falcon telah menjumpai Bucky dan Bucky waktu itu berada dalam keadaan keliru. Tidak dapat dipastikan samada Bucky dikurung oleh orang lain ataupun dikurung oleh Captain dan Falcon atas alasan tertentu.

falcon

Tapi post kredit ini agak tegang sikit kerana mereka berdua seperti berdepan dengan masalah. Oh ya, terdapat sumber mengatakan post kredit diambil dari jalan cerita Civil War, dan dialog Falcon “I might know a guy.”  mungkin hint bahawa Ant -Man mungkin turut terlibat dalam perang saudara antara penyokong kerajaan iaitu geng Iron Man dan penentang kerajaan iaitu geng Captain America. 

Kenapa Iron Man dan Captain America berperang? baca sini.

Seperti yang kita tahu, Ant-Man pasti akan kembali, tetapi adakah dia akan muncul dalam filem terbaru Captain America dan dia turut terlibat dalam perang saudara antara Iron Man dan Captain? ataupun mungkin dialog Falcon itu merujuk kepada orang lain? tapi 90% dialog itu merujuk kepada Ant-Man kerana dia satu – satunya Avengers yang telah melihat kebolehan Ant-Man. Apapun ‘end’ kredit filem Ant-Man memang menimbulkan persoalan.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here