Penggambaran Filem Shazam! Telah Pun Bermula

0
360
views
Gambar yang dimuatnaik oleh David F. Sandberg yang menandakan penggambaran filem Shazam! telahpun bermula

Pembikinan filem terbaru superhero DC, Shazam! secara rasminya telah pun bermula. Pengarahnya, David F. Sandberg telah memuatnaik sekeping gambar menandakan krew produksi filem tersebut kini sudah memulakan penggambaran.

Shazam akan dibintangi oleh Asher Angel yang akan membawa watak kanak-kanak Billy Batson manakala bintang siri televisyen Chuck, Zachary Levi akan membawa superhero Shazam. Mark Strong pula akan membawakan watak penjahat dalam filem ini iaitu Doctor Sivana.

Antara pelakon-pelakon lain yang membintangi filem ini adalah  Jack Dylan Grazer, Grace Fulton, Ian Chen dan Jovan Armand. Turut bersama dalam senarai pelakon adalah Ron Cephas Jones yang akan membawakan watak ahli sihir yang memberikan kuasa kepada Billy Batson.

Bagaimanapun, pelakon terkenal yang akan membawakan watak Black Adam, Dwane “Rock” Johnson tidak akan terlibat dalam pembikinan filem ini dan akan muncul dalam filem solo Black Adam.

Lakonlayar ditulis oleh Henry Gayden dan Darren Lemke manakala Peter Safran akan bertindak selaku penerbit. Lokasi penggambaran Shazam! bertempat di Vancouver,

Filem superhero Shazam! ini adalah salah satu dari beberapa filem yang sedang dirancang oleh pihak Warner Bros. dan DC. Dengan bermulanya penggambaran filem ini, kita jangkakan beberapa perkembangan terbaru filem ini akan disebarkan sedikit masa lagi.

Shazam! bakal menemui penonton pada 5 April 2019

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here