Penggambaran Filem Abang Long Fadil 3 Akan Bermula Selepas Raya

0
325
views

Filem ketiga Abang Long Fadil dijangka akan memulakan penggambarannya selepas Hari Raya Aidilfitri ini. Pekara tersebut disahkan sendiri pengarahnya, Syafiq Yusof ketika ditemubual semasa tayangan perdana filem KL Special Force baru-baru ini.

“Untuk filem ketiga ini kami ketika ini sudah pun mempunyai skrip dan penggambaran dijangka akan bermula selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti,”

Menurut pengarah itu lagi, kejayaan filem Abang Long Fadil telah membuatkannya bersemangat untuk hasilkan filem ketiga yang lebih mantap.

Pelakon utamanya, Zizan Razak akan kekal sebagai pemain utama, cuma untuk filem tersebut nanti, ia akan menampilkan jalan cerita yang berbeza.

“Sama seperti filem kedua yang mana jalan ceritanya diolah dan bukannya kesinambungan daripada filem pertama. Untuk filem ketiga jalan cerita yang bakal ditampilkan akan berbeza dan apa yang pasti lebih mantap.” 

Selain itu juga, Syafiq mendedahkan, tahun 2018 merupakan tahun yang sibuk baginya kerana akan turut mengarahkan beberapa lagi filem antaranya Sekolah Haha arahan Mat Lutfi dimana beliau akan bertindak selaku penerbit dan sebuah filem psiko seram arahannya yang masih belum mempunyai tajuk.

Filem terbaru Syafiq Yusof kini, KL Special Force sedang rancak ditayangkan di pawagam-pawagam berdekatan

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here