Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Pengarah Train To Busan Arahkan Filem Superhero Psychokinesis


Pengarah filem Zombie Korea terkenal, Train to Busan, Yeon Sang-ho dilaporkan telah memulakan pengambaran sebuah filem superhero Korea yang diberi nama Psychokinesis. Filem tersebut dibintangi beberapa nama besar dalam industri perfileman Korea antaranya Ryu Seung-ryong (Miracle in Cell No. 7) dan Shim Eun-kyung (Miss Granny).

Filem Psychokinesis mengisahkan Ryu yang merupakan lelaki biasa telah mengetahui yang dirinya mempunyai kuasa luar biasa. Disebabkan memiliki superpower itu, dia telah menggunakan kuasanya untuk membantu anaknya (lakonan Shim Eun-kyun) dan orang-orang disekelilingnya.

Senarai pelakon dan krew dalam filem Psychokinesis – Sumber gambar Hancinema.net

Antara pelakon lain yang turut sama membintangi filem arahan Yeon Sang-ho ini ialah aktres Jun Yu-mi yang membawakan watakn wanita mengandung dalam filem Train to Busan. Selain itu, Park Jung-min (Dongju) dan Kim Min-jae (The Shameless) turut bersama-sama dalam pembikinan filem ini.

“I’m honoured to be working with these good actors and staff again,” “I’ll make a good film that lives up to everyone’s expectations.” – Yeon, Pengarah filem

Sebelum ini kedua-dua pelakon utama itu pernah berkerja dengan Yeon dalam filem animasi Seoul Station sebuah filem prequel Train to Busan

Filem bergenre aksi drama thriller ini akan menemui penonton pada tahun 2017 (tarikh tepat tidak lagi diketahui buat masa ini)



Related posts

Lee Sun Bin, Kim Min Seok Akan Membintangi Filem Seram Terbaru

Kakimuvee

Selepas 12 Hari Di Tayangkan Di Korea, Sleep Telah Mencatat Lebih 1 Juta Penonton

Kakimuvee

Filem Lakonan Shin Hye-Sun & Kim Sung-Kyun Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 28 September Ini

Kakimuvee

Review Filem: Sleep (2023)

Kakimuvee

Filem Seram Korea ‘SLEEP’ Akan Ditayangkan Di Pawagam Pada 14 September Ini

Kakimuvee

Review Filem: Concrete Utopia (2023)

Kakimuvee