Pengarah Sahkan Teori Peminat Tentang Soul Stone

0
189
views

Pelbagai teori telah dikeluarkan peminat tentang dimanakah lokasi Soul Stone sebelum tayangan filem Avengers: Infinity War. Namun segala teori yang dikeluarkan peminat nyata tidak tepat apabila filem terbaru Marvel itu telah mendedahkan lokasi Soul Stone yang sebenarnya terletak di Planet Vormir.

Bagi mendapatkan batu infiniti terakhir itu, Thanos terpaksa melakukan sesuatu yang amat berat buat dirinya, iaitu mengorbankan individu yang paling disayanginya. Demi memiliki Soul Stone, Thanos terpaksa mengorbankan Gamora kerana dia individu yang paling disayanginya dalam kehidupannyan Bagi penontom, kematian Gamora seolah-olah penamat menyayatkan hati buat watak tersebut.

Namun begitu, terdapat teori baru yang mrngaitkan Gamora dengan Soul Stone. Peminat beranggapan bahawa Gamora sebenarnya tidaklah mati, tetapi sebaliknya terperangkap dalam batu infiniti tersebut.

Baru-baru ini, salah seorang pengarahnya, Joe Russo telah meluangkan sedikit masa di Sekolah Tinggi Iowa City. Disana dia telah bergaul para pelajar dan menjawab soalan-soalan yang diajukan kepadanya. Antara soalan yang diajukan adakah Gamora terperangkap dalam Soul Stone.

Joe Russo mengesahkan bahawa Gamora terperangkap dalam Soul Stone, dan babak yang menunjukkan Thanos berjumpa Gamora dipenghujung filem dan berlatarbelakang warna jingga sebenarnya menunjukan Thanos telah memasuki ke dalam Soul Stone.

“Yeah it’s implied [that] it’s the Soul Stone, It’s all orange around, then he’s inside the Soul Stone with the amount of power that it took to snap his fingers- he has this out of body experience with Thanos. When he goes inside the Soul stone he has this kind of conversation with the younger version of his Gamora.”

“She in fact is, yes, It was an attempt on our part – because we don’t like two-dimensional roles or three-dimensional villains every villain is a hero in their own story and as insane and psychotic and brutal and violent as Thanos is he’s a more complex villain if you go on a journey with him emotionally. He does care for things and it is complicated for him to execute his plan and it cost him something. He said at the end that it cost him everything and that it was the only thing he loved which was Gamora which is why we put him back with her at the end. I just want to reiterate with the audience that he does feel true emotion even though he is a monster.” – Joe Russo

Jadi Gamora mungkin tidak mati sebaliknya jiwanyaa terperangkap ke dalam batu infiniti tersebut. Apapun kita nantikan filem Avengers 4 untuk mengentahui bagaimana watak Gamora kembali dihidupkan.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here