Pengarah Paddington, Paul King Bakal Arahkan Willy Wonka

0
334
views
Sumber gambar: www.comingsoon.net

Menurut laporan The Hollywood Reporter, pengarah filem Paddington 2, Paul King dilaporkan sedang dalam proses perbincangan dengan pihak Warner Bros. untuk mengarahkan filem prekuel Willy Wonka dengan Simon Rich akan bertindak selaku penulis lakonlayar.

laporan itu juga menyebut, filem Willy Wonka yang baru ini akan mengisahkan pengembaraan awal Willy Wonka sebelum berjaya membuka kilang coklatnya sendiri dan filem ini juga tidak berdasarkan dari buku “Charlie and the Chocolate Factory” karya Roald Dahl’s yang diterbitkan pada 1964 dan juga bukan sekuel “Charlie and the Great Glass Elevator.”, filem yang diterbitkan pada 1972

Simon Rich merupakan penulis yang menyumbang idea untuk filem Inside Out dan mencipta siri televisyen komedi berjudul Man Seeking Woman. Penerbita franchise Harry Potter,  David Heyman akan bertindak selaku penerbit filem ini.

Buku Charlie and the Chocolate Factory telah dua kali diangkat ke layar perak dimana yang pertama diterbitkan pada tahun 1971, Willy Wonka & the Chocolate Factory lakonan Gene Wilder dan yang kedua pada tahun 2005 lakonan Johnny Depp.

Setakat ini, maklumat lanjut mengenai filem ini masih belum didedahkan oleh pihak Warner Bros.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here