Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Pengarah Pacific Rim Bayangkan Filem Berkenaan Akan Mendapat ‘Universe’ Mereka Sendiri


Dengan Warner Bros. memiliki DC Extended Universe, manakala Universal mempunyai Dark Universe, Pacific Rim juga dikatakan bakal mempunyai “universe” mereka sendiri tidak lama lagi.

Pengarah filem robot itu, S DeKnight membayangkan filem arahannya itu juga bakal mempunyai ‘universe’ nya sendiri. Beliau memberitahu pekara tersebut semasa membentangkan bahan-bahan mengenai filem Pacific Rim di konvensyen Comic Con yang berlangsung di New York baru-baru ini.

Beliau juga berkata, mereka merancang untuk mengembangkan lagi filem Pacific Rim sepertimana yang dilakukan oleh Star Wars dan Star Trek.

“I’m certainly hoping so. I think you’ll definitely probably get more comics. The plan was always to use this movie as a launching pad. If enough people show up to this, we’ve already talked about the plot of the third movie, and how the end of the third movie would expand the universe to a Star Wars/Star Trek-style [franchise or series] where you can go in many, many different directions” .

“You can go main canon, you can go spin-offs, you can go one-offs. Yeah, that’s the plan. And I would love to see an animated TV show based on this”. – S DeKnight

Pacific Rim diterbitkan oleh Legendary Pictures dan diedarkan oleh Warner Bros. Pictures. Walaupun baru memiliki dua filem, Pacific Rim dilihat dapat mengembangkan lagi jalan cerita mereka bukan sahaja secara bersiri, malah boleh dihasilkan spin-off, seperti mana yang dikatakan oleh pengarah berkenaan.

Pacific Rim: Uprising akan mula ditayangkan pada 23 mac 2018


 


Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Pelakon Asal Watak ‘Mak Lampir’, Farida Pasha Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Is Mohd

Jualan Minyak Wangi Dior Meningkat Selepas Kekalkan Johnny Depp Sebagai Model Mereka

Kakimuvee