Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSlot Tempatan

Pengarah Mamat Khalid Kini Berada Di ICU


Pengarah terkenal tanah air, Mamat Khalid dilaporkan kini berada di unit rawatan rapi disebuah hospital swasta di Petaling Jaya.

Menurut laporan dari portal Gempak, pengarah tersebut telah dimasukkan ke hospital itu pada Jumaat yang lalu selepas mengadu sakit dada dan batuk.

Sementara itu, isterinya, Hasmah Hassan memohon rakan taulan dapat memberi ruang kepada Mamat untuk berehat secukupnya dan turut meminta rakyat Malaysia termasuk rakan taulan serta peminat industri filem negara mendoakan yang terbaik buat Mamat.

Mamat Khalid mendedahkan bawah beliau mengalami masalah kesihatan dan telah didiagnosi mempunyai masalah berkaitan buah pinggang. Malah beliau juga pernah menghadiri sebuah acara hiburan dengan berkerusi roda.

Kepada peminat-peminat Mamat Khalid, doakan yang terbaik buat pengarah tersebut.


Sumber: Astro Gempak


Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

Pengarah Mamat Khalid Meninggal Dunia

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Review: Zombitopia (2021)

Kakimuvee