Pengarah Ex Machina Berminat Arahkan Filem Swamp-Thing

0
348
views

Pengarah filem Ex Machine yang juga penulis filem Dredd, Alex Garland dilaporkan berminat untuk arahkan filem Swamp-Thing. Beliau mendedahkan minatnya itu semasa sesi soal jawab di Reddit bersama peminat.

Pengguna Reddit telah bertanyakan karakter komik manakah pengarah berkenaan berminat untuk hasilkan filem, dan Garland menjawab Swamp-Thing.

Swamp-Thing bukanlah karakter superhero yang sedang dirancang oleh Warner Bros. dan DC untuk dihasilkan filem, tetapi pihak studio dilihat bersungguh-sungguh mahu memperkenalkan Justice League Dark kepada penonton dimana karakter Swamp-Thing antara karakter utama dalam filem paranormal superhero itu.

Filem terbaru Alex Garland, Annihilation yang menampilkan Natalie Portman bakal ditayangkan tidak lama lagi. Jadi kepada peminat filem-filem DC, apa pendapat anda mengenai pengarah Alex Garland ini jika beliau mengarahkan filem Justice League Dark?

Sumber: Comicbookmovie.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here