Pengambaran Star Wars: Episode 9 Akan Dilakukan Di Angkasa?

0
188
views

starwars

Baru-baru ini, pengarah untuk filem sekuel Star Wars: Episode 9, Colin Trevorrow telah menarik perhatian umum apabila memberitahu ingin merakamkan filem terakhir Star Wars trilogy dalam bentuk filem bukannya digital. Yang menariknya, lokasi yang diberitahu adalah angkasa lepas!

Trevorrow yang bercakap dihadapan penonton dalam Festival Filem Sundance baru – baru mendedahkan kepada umum yang dia bercakap dengan pihak Disney dan Lucasfilm mengenai keperluan logistik untuk merakamkan filem Star Wars di angkasa.

I asked the question, ‘Is it possible for us to shoot IMAX film in actual space for Star Wars, and I haven’t gotten an answer yet, but they’ve shot IMAX in space!’ – Colin Trevorrow

Cadangan Colin Trevorrow kelihatan agak tidak munasabah untuk membuat pengambaran di angkasa lepas, tetapi terdapat sebuah dokumentari IMAX iaitu Hubble yanag kebanyakannya proses pengambarannya dibuat di angkasa lepas mungkin dapat merealisasikan impian pengarah tersebut untuk melakukan pengambaran Star Wars: Episode 9 di angkasa lepas.

Pengambaran Hubble 3D banyak dilakukan di angkasa lepas
Pengambaran Hubble 3D banyak dilakukan di angkasa lepas

Jika dibenarkan, pihak Disney dan Lucasfilm akan menggunakan teknologi yang sama seperti proses pengambaran dokumentari Hubble untuk digunakan dalam beberapa shoot pengambaran di angkasa lepas. Cuma untuk proses ini, pihak produksi terpaksa mengeluarkan sedikit budget untuk proses pengambaran diangkasa.

Namun begitu, proses pengambaran ini tidak bermakna aktor Adam Driver dan Daisy Ridley akan ke angkasa lepas, kemungkinan Trevorrow hanya akan menggunakan suasana angkasa lepas sebagai background dan visual effect untuk filem terbaru itu nanti. Ini akan menjadi filem tersebut lebih realistik dan menarik.

Walaupun apa keputusan pihak produksi, Trevorrow dan kumpulannya masih mempunyai banyak masa untuk membuat filem Star Wars: Episode 9 yang bakal ditayangkan pada tahun 2019

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here