Pengalaman Nadiya Nissa Berlakon Dalam Filem Jejak Warriors

0
453
views

Nadiya Nissa

HANYA berbaki seminggu lebih sebelum filem Jejak Warriors menemui penonton wayang seluruh negara pada 27 Ogos ini, pastinya filem pertama terbitan U2 Media Sdn Bhd dengan kerjasama Kelab The Red Warriors (TRW) akan dinantikan peminat sukan bola sepak negara.

Ini kerana, melihat sahaja pada posternya, tertera wajah enam pelakon utama yang akan merancakkan lagi penceritaan filem tersebut.

Antara pelakonnya adalah Mohd Aliff Firdaus (Wan Raja), Nadiya Nissa dan pemain utama TRW itu sendiri.

Bagi Nadiya Nissa, walaupun hadir pada separuh penceritaan, dia mengakui yang dirinya amat menyukai dan menantikan filem berunsur kesukanan dan kekeluargaan seperti itu.

Nadiya atau nama sebenarnya Nadiyatul Nisaa Kamarudin berkata, sebaik sahaja membaca skrip daripada pengarah, wataknya berkembang setelah menyokong watak utama mencapai matlamatnya menemui pemain TRW.

“Dalam filem ini, watak saya tidak berapa banyak, tetapi watak saya nampak kuat apabila menjadi pembantu kepada watak utama sehingga akhir.

“Watak saya ada ketika dia (Wan Raja) tempuhi kesukaran, kemudian dalam penyelesaian dan resolusinya.

“Seperti watak saya membantu dalam menyelesaikan masalah. Justeru, membuatkan saya suka filem ini,”

Nadiya Nissa 1

Pertama kali ke stadium

Bagi pelakon berasal dari Gombak ini juga mempunyai pengalaman berharga sepanjang terlibat dalam filem tersebut apabila pertama kali menyaksikan perlawanan bola sepak di stadium.

“Sebelum ini memang saya saksikan perlawanan bola di rumah atau kaca televisyen, tetapi kali ini lihat secara langsung perlawanan bola antara TRW dan Johor Darul Takzim (JDT) di dalam stadium.

“Memang pengalaman manis, tambahan masuk secara percuma lagi dan lihat secara dekat, memang saya tidak akan lupakannya,” katanya.

Apa yang penting dalam filem itu, kata Nadiya, dia punyai pengalaman berlakon bersama pemain bola yang dibanggakan rakyat Kelantan.

“Ada beberapa babak, saya berlakon bersama mereka (TRW), ia memang pengalaman pertama yang menarik,” katanya.

Jejak Warriors sebuah kisah pengembaraan mengenai seorang remaja (Wan Raja) untuk berjumpa dengan pasukan bola sepak pujaan dia iaitu TRW.

Bapa Wan Raja adalah seorang penyokong nombor satu TRW sehinggalah satu kemalangan berlaku dan ini telah menukar kehidupan keluarganya untuk selamanya.

Dengan kematian mengejut ibu Wan Raja, dia menyedari cita-cita bapanya untuk mendapatkan tandatangan pemain TRW belum tercapai. Sewaktu perjalanan Wan Raja dari Johor Bahru ke Kota Bharu, Kelantan, dia menempuhi pelbagai dugaan, namun ia bukan alasan mengaku kalah. – Sinar Harian

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here