Pengabdi Setan Dinobatkan Filem Terbaik Di Festival Filem Overlook, Amerika Syarikat

0
76
views

Pengarah filem Pengabdi Setan Filem seram Indonesia Pengabdi Setan telah cipta satu lagi kejayaan baru apabila dinobat sebagai Filem Terbaik di Festival Filem Overlook di Amerika Syarikat.

Berita tersebut itu diumumkan oleh pengarah filem, Joko Anwar di laman sosial Instagram miliknya.

Menurut laporan dari Wowkeren, festival filem tersebut merupakan acara yang dianjurkan untuk memberi penghargaan kepada filem-filem seram. Kejayaan filem Pengabdi Setan sekaligus menewaskan beberapa filem antarabangsa lain termasuklah Hereditary.

Filem ini berkisarkan tentang sebuah keluarga di mana si ibu telah mengalami sakit yang aneh selama tiga tahun sebelum meninggal dunia. Si bapa kemudian telah mendapat kerja di luar kota dan terpaksa meninggalkan anak-anaknya di rumah. Namun kejadian aneh mula berlaku apabila roh si ibu muncul di rumah. Pada mulanya anak-anak itu merasakan si ibu mahu datang melawat mereka, tetapi akhirnya mengetahui bahawa roh ibu mereka mahu membawa mereka pergi ke dunianya.

Ia dibintangi oleh barisan pelakon mantap dari Indonesia dan Malaysia iaitu Bront Palarae, Tara Basro, Dimas Aditya, Endy Arfian dan ramai lagi.

Sebelum ini filem ini telah berjaya mencipta rekod jumlah tonton di Indonesia, malah tayangan di Malaysia turut mendapat kutipan melebihi RM4 juta.

Sementara itu, pengarah Joko Anwar sebelum ini juga mendedahkan bahawa dia bakal menggarap sekuel filem ini yang masih belum didedahkan bila ia akan memulakan penggambaran.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here