Pengabdi Setan Catat 3 Juta Penonton Dan Duduki Tangga Kedua Carta Box Office Indonesia

Filem yang dihasilkan semula, Pengabdi Setan terus mencatat kecemerlangannya di negara sendiri apabila berjaya berada ditangga kedua carta Box Office di Indonesia, menyingkirkan satu lagi filem seram yang berjudul Danur. Kecemerlangannnya diteruskan apabila filem seram arahan Joko Anwar turut mencatat 3 juta penonton sejak ia ditayangkan pada 28 September yang lalu.

Menurut laman web Wowkeren, pelakon utama filem Danur, Prilly Latuconsina turut menyatakan kekagumannya melihat kejayaan filem seram tersebut sejak ia mula dimainkan dipawagam-pawagam Indonesia. Filem Danur yang ditayangkan pada bulan 3 yang lalu di Indonesia menganggap, Pengabdi Setan merupakan pencabar mereka dalam genre filem seram Indonesia.

Loading...

“Ya, bersyukur sangat ada filem seram yang mempunyai jalan cerita yang sangat bagus, berkualiti sekaligus ia memberi penonton kepuasan secara tak langsung penonton akan datang menonton filem.

“Prinsip saya, kami sebagai orang seni tidak bersaing, tetapi kami perlu tunjukkan kepada orang awam yang industri filem Indonesia boleh maju, sekaligus setaraf dengan filem antarabangsa”

Filem Pengabdi Setan, adalah filem ‘remake’ berjudul sama yang pernah dihasilkan pada tahun 1980. Ianya mengisahkan seorang Ibu dalam sebuah keluarga telah meninggal dunia selepas 3 tahun menghadapi satu penyakit misteri. Tetapi selepas kematian si Ibu, rohnya sering kali hadir didalam keluarganya dan menakutkan lagi, si Ibu bukannya datang untuk melawat, sebaliknya ingin turut membawa seluruh ahli keluarganya ke dunianya.

Selain pelakon-pelakon Indonesia seperti Tara Basro, Dimas Aditya dan lain-lain, Pengabdi Setan turut dibintangi pelakon Malaysia iaitu Bront Palarae yang membawa watak “Bapak”, Ayah kepada keluarga tersebut dan suami kepada Mawarni, isterinya telah meninggal dunia. Pengabdi Setan akan menemui penonton-penonton Malaysia pada 23 November ini

Post Author: Kakimuvee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *