Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Penerbit A. Aida Janji Poster Filem Ratu Kala Jengking Akan Lebih Gempak


Sumber gambar: Gempak.com

Datuk A Aida yang merupakan penerbit filem Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda menegaskan poster filem terbitannya itu akan kelihatan hebat dan gempak sekaligus menafikan dakwaan segelintir pihak yang menyelar poster filem itu yang dikatakan tidak menarik. Beliau menegaskan bahawa poster sebelum ini adalah poster sementara yang diletakkan di atas skrip yang sudah siap.

Untuk memastikan poster filem itu menepati seperti apa yang dimahukannya, A Aida akan menghasilkan dua poster rekaan KRU Studios dan Redzstone.

“Saya ada cita rasa tinggi, okay. Sudah tentu saya mahu poster filem ini gempak. Malah apabila ambil keputusan untuk terbitan filem ini, bermakna saya tidak main-main. Saya cuba untuk tampilkan kelainan dalam filem ini sekali gus memartabatkan penerbitan filem Melayu,” – Harian Metro.

Selain menggunakan KRU Studios dan Redzstone, A Aida atau nama sbenarnya Zaidah Awang turut akan menganjurkan pertandingan mereka poster itu di mana hadiah lumayan menanti pemenang.

Dalam pada itu, bercerita lanjut mengenai filem terbarunya itu dia memberitahu skrip tersebut ditulis sendiri olehnya selama empat hari. Bagaimanapun selepas penyanyi dari Indonesia, Firman bersetuju untuk berlakon dalam filem tersebut dia terpaksa melakukan rombakan sedikit terhadap skrip asal.


Filem yang menelan belanja sekitar RM3 juta ini akan memulakan penggambaran pada 1 Mei ini di Kota Tinggi, Johor.

Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda  diarahankan Bade Hj Azmi dan  akan dibintangi oleh Nadia Brian selaku watak utama selain pelakon lain seperti Amar Asyraf, Mas Khan, Eyra Hazali, Datuk Fizz Fairuz serta ramai lagi.

Sumber: Cinema Online


Related posts

Review: Zombitopia (2021)

Kakimuvee

Review Filem: Tuju Tuju (2021)

Ahmad Fariszuan

“Roh” Disenaraikan Dalam 25 Filem Terbaik Asia 2020!

Is Mohd

Miimaland Kini Boleh Ditonton Di Astro First

Kakimuvee

Terus Dapat Sambutan! Mael Totey Raih Lebih RM 2.5 juta Dalam Tempoh 4 Hari

Kakimuvee

Mael Totey The Movie Kutip Hampir RM700 Ribu Pada Hari Pertama

Kakimuvee