Penerangan Babak ‘Post Credit’ Deadpool 2 – Amaran Spoiler!

0
224
views

Babak ‘mid’ atau ‘post credit’ seringkali ditunjukkan dalam filem-filem yang memiliki dunianya sendiri seperti Marvel Cinematic Universe atau DC Extended Universe. Kebiasanya babak seperti ini memberi petunjuk untuk filem-filem seterusnya. Jika anda pernah menonton filem pertama Deadpool, anda mesti pernah melihat babak ‘end credit’ filem pertama yang memberi petunjuk akan kemunculan Cable dalam sekuel filem berkenaan.

Nyata, Wade Wilson aka Deadpool tidak bergurau dalam babak tersebut apabila watak Cable diperkenalkan dalam filem kali ini. Seperti filem pertama dan filem-filem adiwira yang lain, Deadpool 2 turut menyelitkan babak ‘Post Credit’, bukan satu tetapi dua babak. Mari kita lihat apakah babak-babak tersebut.

Post Credit #1

 

Dalam babak ini, ia menunjukkan Negasonic Teenage Warhead dan ‘teman wanitanya’, Yukio telah berjaya memperbaiki alat penggembaraan masa milik Cable dan menyerahkan kepada Deadpool selepas selesai membaiki alat tersebut. Dalam babak ini juga ia menunjukkan Negasonic memberi amaran kepada Deadpool bahawa Cable mungkin akan membunuhnya jika dia mengentahui Deadpool mencuri alat milik mutant dari masa hadapan itu.

Malah Yukio juga menyuarakan kebimbangannya akibat perbuatan mereka memperbaiki alat tersebut dan menolong Deadpool.

Post Credit #2

Babak ini bersambung dari babak pertama dimana Deadpool telah menggunakan alat tersebut untuk pergi ke masa lampau dan menyelamatkan teman wanitanya Vanessa (Morena Baccarin) dan juga salah seorang ahli X-Force iaitu Peter. Tidak dapat dipastikan samada Deadpool turut menyelamatkan anggota X-Force yang lain seperti Bedlam, Vanisher, Shatterstar dan Zeitgeist dari terbunuh, tetapi apa yang pasti kemungkinan besar karakter Vanessa mungkin akan kembali dalam filem akan datang dan mungkin Peter akan muncul semula dalam filem X-Force akan datang.

Selain itu juga, babak ini juga telah menimbulkan sedikit kecelaruan jalurmasa (timeline) X-Men apabila Deadpool turut pergi ke zaman X-Men Origins: Wolverine dan membunuh karakter asal Deadpool sebelum ia sempat watak tersebut bertarung dengan Wolverine dan Sabretooth. Bagi saya babak ini mungkin sekadar gurauan sinis kepada penonton yang keliru dengan jalurmasa X-Men terutamanya melihat perwatakan Deadpool yang berbeza dalam filem X-Men Origins: Wolverine dan filem pertama Deadpool. 

Satu lagi babak “Post Credit #2” yang tidak mungkin tidak memberi makna kepada anda adalah babak dimana Deadpool membunuh Ryan Reynolds yang baru sahaja selesai membaca skrip Green Lantern. Kenapa Ryan Reynolds Deadpool hasilkan babak “membunuh” Ryan Reynolds Green Lantern? nampak mungkin sekadar lawak jenaka sahaja bukan? Saya berpendapat babak ini sengaja dihasilkan kerana mahu memberitahu penonton bahawa Green Lantern merupakan perosak kepada karier pelakon Ryan Reynolds. Pada 2016, aktor tersebut pernah mendedahkan kepada wartawan bagaimana filem tersebut menghancurkan kariernya sebagai pelakon sebelum namanya kembali menjulang naik di arena Hollywood selepas kejayaan filem pertama Deadpool. Jadi membunuh Ryan Reynolds yang baru selesai membaca skrip Green Lantern adalah simbolik kepada filem DC berkenaan yang telah membunuh karier lakonannya di Hollywood.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here