Pendedahan Siapakah Snoke Dan Hubungannya Dengan Darth Vader Serta Darth Sidious.

0
134
views

Salah satu misteri yang masih belum terjawab dalam trilogi terbaru Star Wars ini ialah siapakah Snoke sebenarnya. Seperti Darth Sidious dalam trilogi asal Star Wars Saga, latarbelakang Snoke penuh dengan misteri dan tanda tanya. Siapakah dia sebenarnya dan bagaiman dia boleh menjadi Supreme Leader.

Cuma yang membezakan antara Snoke dan Darth Sidious, penonton dapat melihat serba sedikit karakteristiknya dalam filem Return of Jedi dan juga prekuel trilogi iaitu Star Wars Episode I,II, dan III. Tetapi latarbelakang Snoke meninggalkan satu tanda soal yang cukup besar dikalangan penonton kerana wataknya dalam filem The Last Jedi ditamatkan dengan cara yang cukup….sadiss..

Sejak ia mula diperkenalkan oleh J.J Abrams dalam filem A Force Awakens, penonton khususnya peminat Star Wars mula mencari dan mengorek segala info yang boleh dikaitkan dengan villain utama trilogi terbaru Star Wars ini. Malah terdapat pelbagai teori mengenai karakter tersebut diutarakan oleh peminat.

Bagi mencari siapakah Snoke sebenarnya, pengguna laman Youtube yang dikenali sebagai Star Wars Explained cuba mengorek serba sedikit mengenai latarbelakang Supreme Leader First Order itu. Dalam video tersebut, mereka menerangkan bahawa Snoke mungkin mempunyai kaitan atau mengenai ketua-ketua Darkside yang terdahulu antaranya Darth Vader, Darth Sidious dan juga Darth Plagueis. Mungkin penerangan mereka dapat membantu serba sedikit informasi mengenai Snoke, anda boleh lihat video penerang tersebut dibawah.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here