Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

“Penat Berlakon Dengan Pelakon Baru” – Remy Ishak


Semakin ramai pelakon-pelakon senior tampil menyuarakan kebimbangan mereka terhadap keadaan industri seni ketika ini yang lebih mengutamakan rupa paras dan jumlah pengikut di laman sosial untuk meneraju sesebuah naskhah berbanding kualiti.

Kini pelakon Remy Ishak pula tampil menyatakan dirinya sudah penat berlakon dengan pendatang baru. Berkata kepada laman web mStar, pelakon-pelakon baru ini kurang pengalaman dan ilmu mengenai seni lakonan.

“Sejujurnya penat juga berlakon dengan bakat baru ini sebab mereka mungkin kurang pengalaman dan ilmu mengenai seni lakon. Kebanyakkan bukan datang daripada bidang ini dan perlukan sedikit masa untuk memperbaiki mutu lakonan. 

“Saya pun pernah bergelar pelakon baru, cumanya saya beruntung dapat belajar dengan senior mengenai industri,” 

Remy atau nama sebenarnya Mohamad Zalimie Ishak, turut menegur sikap segelintir pelakon baru yang kebanyakkannya lebih suka membuat hal sendiri ketika di set penggambaran dan tidak menggunakan masa terluang untuk mempelajari teknik lakonan dengan pelakon senior.


Pelakon Pilot Cafe ini bagaimanapun tidak menyalahkan mereka seratus peratus kerana faham dengan keadaan mereka yang mungkin gementar apabila bertemu dengan pelakon senior.

Namun dia berharap mereka akan menjadi lebih baik dan terus memperbaiki kualiti lakonan.

Sementara itu, ditanya samada dia sudah serik untuk berlakon dengan pelakon baru Remy menafikannya dan berkata dia terbuka untuk digandingkan dengan pelakon baru pada masa akan datang.

Jelasnya, dia tidak kisah digandingkan dengan pelakon baru sekiranya naskhah ringan, tetapi jika naskhah tersebut berat dia perlu tahu siapa pelakon yang akan digandingkan dengannya.

Sumber: Cinema Online / mStar


Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

3 MALAYSIAN MEN WE CAN’T GET ENOUGH OF SEEING ON THE BIG SCREEN

Is Mohd

Pelakon Asal Watak ‘Mak Lampir’, Farida Pasha Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Is Mohd