Pe’nampak’kan Zombi Dalam Klip Video Terbaru Maze Runner: The Death Cure

0
545
views

Filem Maze Runner: The Death Cure dilihat rancak mempromosikan filem mereka apabila melancarkan video terbaru yang diberi nama “Cranks Tunnel”. Anda boleh tonton video tersebut dibawah.

Maze Runner: The Death Cure adalah filem yang diadaptasikan dari novel yang ditulis oleh James Dashner dan ia adalah kesinambungan kepada filem pertama The Maze Runner yang ditayangkan pada tahun 2014 dan Maze Runner: Scorch Trial yang ditayangkan pada 2015

Filem terakhir dalam saga Maze Runner mengisahkan Thomas mengetuai sekumpulan Gladers dalam misi terakhir dan paling merbahaya sekali. Misi mereka adalah untuk menyelamatkan rakan-rakan mereka dengan memasuki Last City, laluan maze paling merbahaya sekali dan dikawal oleh WCKD. Jika mereka berjaya melepasi Last City, ia akan mendapat jawapan yang dicari oleh Gladers sejak tiba di maze

Filem ketiga ini diarahkan oleh Wes Ball, pengarah dua filem terdahulu dan dibintangi oleh Dylan O’Brien, Kaya Scodelario, Thomas Brodie-Sangster, Ki Hong Lee, Giancarlo Esposito, Aidan Gillen, Barry Pepper, Will Poulter, dan Patricia Clarkson.

Maze Runner: The Death Cure akan mula ditayangkan pada 25 Januari 2018

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here