Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Peminat Star Wars Lancarkan Petisyen Desak Filem Star Wars: The Last Jedi Dikeluarkan Dari Siri Asal


Peminat-peminat tegar yang kecewa dan marah terhadap pengarah Rian Johnson kerana melakukan perubahan drastik dalam filem terbaru Star Wars: The Last Jedi telah melancarkan petisyen mendesak agar filem itu dikeluarkan dari “canon” Star Wars Universe.

Menurut laman web Movieweb.com, peminat dari Atlanta, Georgia yang bernama Henry Walsh telah memulakan petisyen tersebut dilaman Change.org. dan kini petisyen tersebut telah menerima lebih 15 ribu tandatangan dari peminat-peminat Star Wars seluruh dunia.

Menurut individu tersebut, sebab dia melancarkan petisyen tersebut kerana filem Star Wars: The Last Jedi telah memusnahkan legasi Luke Skywalker serta Jedi dan mahu filem tersebut dihasilkan semula memelihara intergriti, legasi dan karakter paling popular dalam Star Wars Universe.

Episode VIII was a travesty. It completely destroyed the legacy of Luke Skywalker and the Jedi. It destroyed the very reasons most of us, as fans, liked Star Wars. This can be fixed. Just as you wiped out 30 years of stories, we ask you to wipe out one more, the Last Jedi. Remove it from canon, push back Episode IX and re-make Episode VIII properly to redeem Luke Skywalker’s legacy, integrity, and character.”

Walaupun Star Wars: The Last Jedi menerima respon positif dari para pengkritik serta mendapat markah A dilaman web Cinemascore, banyak peminat-peminat Star Wars tidak gemar perubahan yang dibuat oleh Rian Johnson. Malah mereka juga menyalahkan Disney yang dilihat cuba menghapuskan legasi Star Wars yang telah berusia lebih 30 tahun. Ekspresi kemarahan mereka ditunjukan dalam audience score Rottentomatoes apabila The Last Jedi hanya mendapat peratusan sebanyak 55%.


Disebalik kecaman yang diterima, Star Wars: The Last Jedi mencatat rekod apabila menjadi filem paling tinggi kutipan minggu pertama pada tahun ini dengan kutipan sebanyak $220 juta dan berjaya mengutip $450 juta seluruh dunia.

Kepada peminat Star Wars tempatan, apa pendapat anda mengenai filem terbaru arahan Rian Johnson ini?


Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

“Knives Out 2” Telah Memulakan Penggambaran Di Greece

Kakimuvee

Kate Hudson Sertai Barisan Pelakon “Knives Out 2”

Kakimuvee