Peminat Puji Lakonan Aaron Aziz Dalam Filem Tik Tik Tik

0
24
views
Sumber gambar: Astro Awani

Pelakon filem Tik Tik Tik, Datuk Aaron Aziz mengakui beliau teruja apabila kemunculan pertamanya dalam filem tersebut mendapat sambutan luar biasa bukan sahaja daripada penonton tempatan, tetapi juga penonton di India.

Dalam filem Kollywood itu, beliau membawa watak sampingan di sisi pelakon utama iaitu Jayam Ravi.

“Saya terima banyak mesej daripada peminat yang memuji lakonan saya walaupun hanya memegang watak sampingan dalam filem itu,” ujarnya yang dipetik dari Bernama.

Dalam filem sains fiksyen yang berkisarkan tentang penjelajahan kapal angkasa pertama India, dia diberi tanggungjawab untuk menggalas watak antagonis.

Bercerita lanjut mengenai pengalamannya berlakon dengan produksi Kollywood, pelakon berusia 42 tahun itu berkata ia satu pengalaman baru yang cukup berharga buatnya selain banyak meninggalkan kenangan indah.

Tambahnya lagi, walaupun hanya memegang watak sampingan, tetapi dia dilayan seperti raja sepanjang tiga minggu berada di Chennai, India untuk jalani penggambaran.

“Jika di Malaysia, pembantu akan beri pakaian dan kita akan pakai sendiri tetapi di sana (India), pembantu sanggup tukarkan pakaian sehingga tolong pakaikan tali pinggang dan zip, tetapi saya kata saya boleh lakukan sendiri,” katanya sambal tertawa.

Dalam pada itu, Aaron berkata dia bukan mengejar glamor dan populariti apabila dapat berlakon dalam filem luar negara, sebaliknya dia mengambil peluang itu untuk mempelajari perkara baru selain menimba pengalaman bekerja dengan barisan pelakon dan pengarah terkenal.

Pada masa sama, dia juga berkata banyak perkara yang boleh dipelajari oleh industri seni tempatan daripada industri perfileman India.

Malah Aaron juga menyarankan kepada mana-mana pelakon tempatan yang mendapat peluang untuk berlakon di India, menerima tawaran tersebut walaupun hanya untuk watak kecil kerana pengalaman yang bakal ditimba pasti berbaloi.

Sumber: Cinema Online

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here