Peminat Melampau Punca Nad Zainal Keluarkan Kenyataan Kontroversi

0
480
views

Nad-Zainal-Selesa-Pakai-Tudung

Gara-gara permintaan tidak masuk akal dan keterlaluan segelintir peminat terhadapnya, pelakon, Nad Zainal terpaksa menelan tuduhan kononnya dia semakin sombong.

Walhal, luah Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 25, kerenah pelik sebahagian peminat itu tidak mampu ditunaikan dan akibatnya dia dilabelkan berlagak dan tidak mesra.

“Kadang-kadang permintaan ada antara mereka agak melampau, merepek dan saya tidak boleh bertolak ansur dengan kerenah sebegitu.

“Siapa yang kenal saya tahu saya bukan jenis macam itu. Saya bukan orang yang tidak mesra atau sombong dengan peminat.

“Tapi itulah kadang-kadang cara segelintir mereka yang tidak kena. Kalau mereka mendekati secara baik, sudah tentu saya juga akan layan dengan baik,” katanya.

Antaranya ada segelintir daripada mereka berkeras dan seolah-olah memaksa supaya dia bercinta dengan pelakon, Remy Ishak.

“Situasi itu membuatkan saya jadi segan dan malu untuk bertemu Remy. Bagi saya ia satu permintaan yang bukan-bukan.
“Jadi apabila timbul isu ini, saya tidak ambil kisah sangat sebab ia bukan benda yang betul pun. Ia cuma dicetuskan segelintir pihak yang pelik saja,” katanya.

Menyambung perbualan, Nad mengakui, isu peminat yang bertindak di luar kawalan bukan perkara baru atau pelik untuknya.
Ini kerana sepanjang bergelar anak seni dia sudah berhadapan pelbagai situasi dan kontroversi.

“Ada antara mereka mengharapkan sesuatu yang lebih daripada seseorang artis. Jujurnya, saya tidak mampu untuk memberikan perhatian tertentu pada kerenah segelintir peminat ini,” katanya.

sumber: Harian Metro

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here