Pembikinan Filem Suatu Ketika Selesai, Pekin Muat Naik Trailer Kedua

0
15
views

Filem Suatu Ketika arahan pengarah Prakash Murugiah dilaporkan sudah selesai pengambaran. Perkembangan terbaru itu dilaporkan dilaman Instagram Pekin Ibrahim yang memuatnaik gambar barisan pelakon dan krew pengambaran filem berkenaan semalam.

Filem yang berlatarbelakangkan zaman sebelum merdeka itu bakal memberi inpsirasi kepada penonton akan kepentingan perpaduan dikalangan masyarakat yang berbilang bangsa dan kaum. Dengan menggunakan medium bola sepak sebagai pengerak jalan cerita, Suatu Ketika akan mengisahkan sekumpulan budak-budak kampung dari Sekolah Ujong Pasir, yang terdiri daripada golongan anak-anak miskin yang bertanding dalam pertandingan bola sepak anjuran pihak British.

Filem yang sarat dengan mesej positif ini dibintangi oleh pelakon yang baru memenangi anugerah FFM29, NamRon dan Pekin Ibrahim selain menggunakan beberapa kanak-kanak sebagai pelakon utama.

Pekin juga turut memuatnaik teaser trailer kedua filem berkenaan yang menunjukkan kata-kata semangat NamRon kepada pasukan bola sepak Ujong Pasir sebelum mereka memulakan permainan bola sepak.

Suatu Ketika pastikan akan memberikan kelainan kepada peminat-peminat wayang tanah air yang inginkan sesuatu yang baru dalam industri filem tempatan. Nantikan filem ini yang bakal ditayangkan pada awal tahun hadapan.

Teaser Trailer #2 Suatu Ketika

 

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here