Pembikin Filem Bollywood Mahu Hasilkan Filem Mengenai Tun M

0
98
views

Kejayaan Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) mengetui Pakatan Harapan untuk menewaskan Barisan Nasional pada pilihanraya yang lalu dan seterusnya menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-7 telah menarik perhatian penerbit filem Bollywood, Raman Kumar.

Berkata kepada Bernama baru-baru ini, beliau menganggap Tun M sebagai penyelamat dalam kempen memerangi rasuah. Justeru itu, pembikin filem itu mahu menghasilkan sebuah filem mengenai Tun M dengan memberi fokus kepada politik dan bagaimana beliau menggunakan kebijaksanaan dan pengalaman 22 tahun sebagai Perdana Menteri.

“Saya mahu mengarahkan dan menghasilkan filem ini kerana Dr Mahathir, pada usia 92 telah membawa rakyat Malaysia bersatu dengan apa yang terbukti sebagai kejayaan dalam pilihan raya. Beliau memiliki kekuatan, keinginan dan ketabahan yang mengagumkan,” – Bernama 

Selain itu juga, penerbit berkenaan mengagumi apa yang dilakukan oleh Tun M apabila negarawan kita berjaya memupuk hubungan antara kaum sehingga mendorong rakyat Malaysia kembali bersatu dan menumbangkan kerajaan terdahulu yang berkuasa untuk lebih 60 tahun.

Pembikin filem berusia 73 tahun yang pernah menghasilkan lebih 10 buah filem, termasuk lima di Malaysia, memberitahu judul awal filem ini bertajuk Mahathir Penyelamat Malaysia dan ia akan dirakamkan dalam tiga bahasa, iaitu Bahasa Melayu, Hindi dan juga Inggeris.

Dalam pada itu, Raman berkata filem itu akan menceritakan mengenai karakter Tun M yang penuh dengan berwarna-warni dan untuk merealisasikannya, dia sudah mendapatkan seorang penulis skrip rakyat Malaysia yang memahami politik Malaysia dengan baik iaitu M. Krishnamoorthy, seorang wartawan terkenal dan seorang profesor madya.

Filem itu akan menampilkan barisan pelakon terkenal Malaysia dan sebahagian daripada kru filem akan menggunakan tenaga kerja dari Mumbai.

Sumber: Cinema Online

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here