Peluang Untuk Lihat DCEU Klasifikasi R-Rated

0
323
views

Kejayaan dua filem Fox, Logan dan Deadpool yang merupakan sebuah filem superhero berklasifikasi R-Rated tidak mempengaruhi Marvel Studio untuk menghasilkan filem berklasfikasi yang sama walaupun kedua-dua karakter tersebut adalah hasil dari ciptaan mereka.

Tetapi tidak bagi Warner Bros. yang menyatakan mereka bersedia untuk hasilkan filem-filem Superhero mereka berklasifikasi “R”. Menurut Toby Emmerich, chief operating officer untuk Warner Bros. Pictures, mendedahkan mereka merancang untuk hasilkan filem seperti Logan dan Deadpool dimasa hadapan.

“admires violent, irreverent and very adult comic-book movies” like Logan and Deadpool, Emmerich said, “I would be surprised if we didn’t at some point make an R-rated DC movie.” – Sumber: Variety

Satu perkembangan yang baik buat DCEU yang sememang sedang berlumba dengan Marvel dalam penghasilan filem-filem superhero. Walaupun filem-filem sebelum ini seperti Batman V Superman, Suicide Squad yang dikatakan “dark” tetapi klasifikasi filem tersebut tetap “PG-13”

Logan & Deadpool membuka trend baru dalam penghasilan filem-filem Superhero kelas R-Rated

R-Rated tak semestinya “dark”, sebagaimana yang ditunjukan Deadpool yang tidak menunjukan ciri-ciri “darkest”, tetapi aksi dan dialog sudah cukup membuatkan filem tersebut dilabel sebagai R-Rated.

Mungkinkah Justice League Dark akan menjadi filem pertama DCEU yang dikelaskan sebagai R-Rated. Kita tunggu nanti perkembangan dari mereka.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here