Pelakon-Pelakon Yang Memperolehi AS$20 Juta Untuk Satu Filem

0
513
views

TAHUKAH anda berapa bayaran yang diterima oleh para pelakon di Hollywood? Jika menjadi Aktor atau Aktress di sana, sudah pasti anda akan menjadi jutawan dalam sekelip mata. Tidak hairanlah ramai rakyat Amerika berlumba-lumba untuk menjadi pelakon. Dibawah disenaraikan beberapa Aktor dan Aktres yang menerima bayaran yang cukup lumayan untuk setiap filem lakonan mereka. Jika rakyat Malaysia menjadi pelakon disana, gerenti satu filem dia boleh bersara dari dunia lakonan.

the-hunger-games-mockingjay-part-1-jennifer-lawrence-600x421

1. Jennifer Lawrance

Jennifer Lawrence memperolehi sekitar AS$10 juta untuk The Hunger Games: Catching Fire, tetapi khabar angin menyatakan yang beliau akan menerima AS$15 juta untuk filemnya yang seterusnya.

Angelina-Jolie-Become-the-Evil-Queen-of-the-New-Movie-of-DIsney-600x420

2. Angelina Jolie

Angelina Jolie memperolehi lebih AS$15 juta untuk filem terbarunya Maleficent tetapi sumber-sumber Hollywood memberitahu yang dia akan memperolehi AS$20 juta untuk sambungan filem spy Salt yang akan memulakan pengambaran tidak lama lagi.

dwayne-johnson-600x420

3. Dwayne Johnson

The Rock ataupun Dwayne Johnson untuk kini memperolehi pendapatan sehingga AS$15 juta untuk satu filem. Dia dibayar AS$15 juta untuk filem aksi terbaru Hercules dan San Andreas. Sebelum ini dia hanya memperolehi bayaran yang tidak seberapa untuk muncul dalam filem terbaru Furious 7.

american sniper

4. Bradley Cooper

Pelakon utama American Sniper, Bradley Cooper juga kini tersenarai sebagai pelakon dengan bayaran sebanyak AS$15 juta sehingga AS$20 juta untuk satu filem. Bayaran paling tinggi yang pernah diperolehinya ialah AS$15 juta untuk filem ketiga Hangover.

robert-downey-jr-trashes-indie-movies-they-are-too-exhausting-and-sometimes-suck

5.  Robert Downey Jr

Menurut edisi terbaru majalah The Hollywood Reporter, Downey akan memperolehi pendapatan sebanyak AS$20juta untuk setiap filem Iron Man yang dilakonkan oleh beliau termasuk watak Iron Man dalam filem – filem Avengers yang akan datang

elysiumfirst600

6. Matt Damon

Matt Damon menerima bayaran sebanyak AS$20 juta untuk filem Jason Bourn dan akam memperolehi jumlah yang sama untuk francais filem Jason Bourne yang seterusnya.

dicaprio

7. Leonardo DiCaprio

Pelakon dengan bayaran termahal setakat ini adalah milik DiCaprio, yang menerima AS$25 juta untuk peranannya dalam The Wolf of Wall Street.

sandra bullock

8. Sandra Bullock

Bullock berada di senarai teratas sebagai pelakon wanita paling mahal di Hollywood buat masa ini dengan memperolehi AS$70 juta untuk filem Gravity sahaja. Jumlah itu termasuk bayaran bonus dan bayaran pendahuluan sebanyak AS$20 juta. Selebihnya dia memperolehi 20 peratus untuk setiap keuntungan yang diperolehi menerusi jualan tiket.

Aktor – aktor lain yang turut menerima bayaran sebanyak AS20juta untuk setiap filem yang mereka lakokan ialah Ben Affleck yang bakal membawa watak Batman dalam Filem Superman vs Batman, Denzel Washington dan Channing Tatum,tetapi nilai Tatum boleh menjunam ekoran kegagalan filem terbarunya Jupiter Ascending di Box Office.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here