Pelakon-Pelakon Yang Hampir Membintangi Filem X-Men

Filem-filem X-Men merupakan salah satu franchise terbesar filem bergenre superhero sebelum Marvel dan DC memulakan langkah mereka mengadaptasikan beberapa komik mereka ke sebuah filem. Bermula dari tahun 2000 dan kontroversi memilih Hugh Jackman yang dikatakan tidak sesuai dengan watak Wolverine, kini franchise filem X-Men dilihat semakin berkembang dengan kemunculan filem Deadpool dan juga filem-filem untuk karakter baru X-Men akan datang seperti X-Force.

Tetapi tahukah anda, beberapa pelakon ini hampir-hampir membawakan watak penting dalam beberapa filem X-Men, tetapi pelakon lain yang diberi kepercayaan untuk membawa watak-watak tersebut. Nak tahu siapakah pelakon yang dimaksudkan dan kenapa mereka tidak terpilih? mari kita tengok senarai yang dikeluarkan oleh laman web cbr.com

15. Zendaya

Semasa ingin menghasilkan filem X-Men: Apocalypse, penerbit filem berkenaan telah melakukan proses casting untuk watak remaja Cyclops, Jean Grey, Nightcrawler dan Storm. Mereka hampir mendapatkan bintang Disney ini untuk watak Storm, tetapi bagi pelakon remaja terbabit, watak yang diberikan tidak begitu besar dan menolak untuk berlakon sebagai Storm.

14. Natalie Portman

Tahukah anda, sepatutnya watak Jublee muncul dalam filem pertama X-Men dan pelakon yang akan membawakan watak tersebut adalah Natalie Portman. Tetapi disebabkan isu Whitewashing (memandangkan watak Jublee berketurunan Asian American), Natalie menolak tawaran tersebut dan pihak studio terpaksa menggantikan watak Jublee dengan watak Rogue

13. Saoirse Ronan

Saorse Ronan merupakan salah seorang pelakon yang disenarai pendek untuk watak muda Jean Grey bersama-sama Sophie Turner. Beliau dan Sophie telah di senarai pendek oleh penerbit filem X-Men: Apocalypse, tetapi kelebihan buat Sophie Turner kerana prestasinya dalam siri TV Game of Thrones, dan Ronan ditolak manakala Sophie diberikan watak muda Jean Grey

12. Michael Biehn

Sebelum James Marsden dipilih untuk membawakan watak Cyclops, beberapa nama lain telah disebut-sebut untuk membawakan watak ketua X-Men itu antaranya Jim Caviezel, Owen Wilson, Thomas Jane, Johnny Lee Miller dan Michael Biehn. Michael Biehn berada dicarta teratas untuk watak Cyclops disebabkan pengalamannya berlakon dalam filem Terminator dan Aliens, tetapi aktor tersebut menolaknya kerana karakter tersebut tidak sesuai dengannya.

11. Neil Patrick Harris

Fox mahukan pelakon Neil Patrick Harris untuk membawakan watak Nightcrawler, tetapi pelakon Alan Cumming telah dipilih kerana kelebihanya bercakap dalam bahasa Jerman, bahasa yang digunakan oleh Nightcrawler.

10. Summer Glau

Summer Glau telah dipanggil oleh pengarah filem X-Men: Days of Future Past untuk proses ujibakat bagi watak Kitty Pryde tetapi mereka melihat wataknya tidak sesuai dengan pelakon tersebut, akhirnya Ellen Page telah dipilih untuk membawakan watak tersebut oleh pengarah terbabit.

9. Nico Tortorella

Nico Tortorella telah menjadi pilihan utama untuk watak Quicksilver, tetapi disebabkan masalah jadual pengambaran, Fox telah memilih Evan Peters untuk watak terkenal itu. Mujur Tortorella mempunyai masalah jadual, jika tidak kita tidak dapat melihat Quicksilver yang kool sekarang.

8. Sarah Michelle Gellar

Seperti Tortorella, Sarah Michelle Gellar juga terpaksa menolak watak Rogue yang diberikan kepadanya disebabkan masalah jadual pengambaran. Beliau merupakan aktres yang berdapat senarai paling atas untuk watak tersebut, namun disebabkan masalah itu, Anna Paquin diberi tanggugjawab untuk karakter Rogue.

7. Mike Vogel

Dalam filem X-Men: The Last Stand, watak Angle diberikan kepada Ben Foster, tetapi pelakon tersebut bukanlah calon utama untuk watak mutant yang mempunyai sayap itu, sebaliknya Mike Vogel menjadi pilihan utama, tetapi disebabkan masalah jadual yang bertembung dengan filem Poseidon, Mike terpaksa menolak tawaran tersebut.

6. Jada Pinkett-Smith

Jada Pinkett-Smith telah ditawarkan watak Storm oleh Bryan Singer, tetapi seperti beberapa pelakon lain yang mempunyai konflik jadual pengambara, dia menolak tawaran tersebut dan karakter Storm kemudiannya diberikan kepada Halle Berry

5. Sigourney Weaver

Semasa Bryan Singer masih mengarahkan filem X-Men 3, beliau cuba memperkenalkan watak White Queen sebagai watak utama. Karakter yang ada pada watak tersebut hendak mampu memanipulasi dan mengawal orang lain. Aktres yang menjadi pilihan beliau untuk watak tersebut adalah Sigourney Weaver, bintang filem Aliens.

Tetapi pengarah tersebut meninggalkan X-Men 3 untuk mengarahkan Superman Return manakala pengarah baru Brett Ratner telah membuang segala perancangan Bryan Singer dan hasilkan filem yang lain.

4. Taron Egerton

Bintang filem Kingsman: The Secret Service ini telah menjadi pilihan utama Fox untuk membawakan watak Cyclops pada waktu muda, tetapi memandangkan watak tersebut sahamnya telah meningkat naik, ejen Taron meletakkan nilai yang tinggi dari jangkaan Fox. Ini menyebabkan Fox memilih Tye Sheridan untuk watak Cyclops.

3. Helen Hunt

Tidak dinafikan prestasi pelakon Famke Janssen sebagai Jean Grey begitu memberangsangkan, tetapi sebelum aktres tersebut dipilih, penerbit filem mahukan pelakon veteran, Helen Hunt untuk membawakan watak itu, tetapi beliau menolak dan memberi peluang kepada Janssen untuk buktikkan dia mampu membawa watak Jean Grey dengan baik.

2. Channing Tatum

Channing Tatum kini dikaitkan dengan filem Gambit sejak beberapa tahun yang lalu. Sebelum dikaitkan dengan filem solo karakter X-Men tersebut, Channing sepatutnya muncul dalam filem X-Men: The Last Stand dengan membawa watak Gambit, tetapi wataknya telah dibawa keluar dari draf filem. Sehinggakini, perancangan filem Gambit masih lagi tidak diketahui.

1 Glenn Danzig

Pencarian pelakon untuk watak Wolverine bermula pada penghujung 1999 dimana pengarahnya mahu aktor yang macho, berkarisma dan mampu membawa watak seorang “fighter” dengan begitu baik. Pencarian mereka berhasil dengan memilih penyanyi kumpulan hardcore Punk, Misfits, Glenn Danzig sebagai pembawa watak Wolverine. Salah satu sebabnya adalah bentuk badan dan ketinggiannya yang sama seperti watak Wolverine didalam komik.

Tetapi penyanyi tersebut menolak tawaran mereka kerana masalah jadual kerana pada waktu itu, Danzig sedang sibuk dengan tour kumpulan muziknya. Akhirnya watak Wolverine diberikan kepada Hugh Jackman yang berjaya memberikan persembahan terbaik sehingga filem terakhir beliau untuk franchise X-Men iaitu Logan.

Post Author: Kakimuvee

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *