Pekin Kecewa Filem KL Wangan Disiarkan Di “FB Live”

0
544
views

Pelakon yang juga pengarah filem aksi kereta, KL Wangan Pekin Ibrahim meluahkan perasaannya kecewa apabila filem KL Wangan disiarkan secara haram dilaman sosial Facebook baru-baru ini.

Dalam postingnya, Pekin berada di sebuah balai polis untuk melaporkan perkara itu kepada pihak polis.

“Tidak mampu berkata apa, biarlah pihak berkuasa yang mengambil tindakan,” hastag #perjuanganfilemmalaysia #hentikanFBlive #Klwangan #istiqomah #supportfilemmalaysia.

Pekin bagaimanapun mendapat sokongan moral dari peminat dan rakan artis disebabkan tindakan yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab itu. Rata-rata mereka memberikan komen positif kepada Pekin supaya banyak bersabar dan tabah dalam menghadapi dugaan yang berlaku kepada filem kedua arahannya.

Sebelum ini beberapa filem ‘hit’ tempatan seperti Kau Yang Satu, Abang Long Fadil 2 dan Pinjamkan Hatiku turut mengalami nasib yang sama apabila disiarkan secara haram dilaman Facebook.

Diharap peminat-peminat di luar sana tidak memandang remeh hal ini dan jangan sesekali membuat siaran langsung di Facebook ketika menonton wayang, kerana ia bukan sahaja menjejaskan pembikin filem itu sendiri, malah diri sendiri juga kerana bakal dikenakan tindakan undang-undang.

Sumber: Cinema Online

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here