Patahnya Sebelah Sayap Dapat Rating Lebih 4.5 Juta Penonton

0
657
views

patahnya-sebelah-sayap

Episod akhir drama bersiri Patahnya Sebelah Sayap yang ditayangkan di slot Samarinda TV3, Isnin lalu berjaya mencecah rating lebih 4.5 juta penonton.

Drama lakonan Aeril Zafrel, Ummi Nazeera, Izzue Islam dan Wawa Zainal itu turut mencatat paling banyak trending di Twitter dengan hashtag #PatahnyaSebelahSayap setiap kali ia bersiaran mulai Isnin hingga Rabu jam 10 malam sejak 20 September lalu.

Pengurus Besar Kumpulan Jenama dan Rancangan TV3 & TV9, Sherina Nordin berkata, pihaknya berpuas hati dengan sambutan terhadap drama-drama yang ditayangkan di TV3 dan TV9.

“Ramai menganggap hanya slot Akasia sentiasa mendapat perhatian, namun terbukti drama lain juga mendapat perhatian luar biasa seperti slot Samarinda: Patahnya Sebelah Sayap yang mencecah rating 4.5 juta penonton.

“Terima kasih atas sokongan yang diberikan kepada drama terbitan stesen dan kami akan sentiasa menghasilkan drama-drama yang berkualiti dan terbaik kepada penonton setia,” katanya.

Hasil kajian Nielsen Audience Measurement menunjukkan episod akhir drama bersiri 15 episod itu mencecah lebih daripada 45 peratus syer penonton dan 14.9 TVR (Total 4+) sepanjang ia ditayangkan dari jam 10 malam hingga 11 malam.

Drama bersiri terbitan Creative Skill Solution Sdn Bhd itu juga menjadi ikutan jutaan peminat drama Melayu sejak ia ditayangkan.

Sementara itu, pengarahnya Ayie Mustafa berkata, pihaknya bangga dan bersyukur dengan pencapaian memberangsangkan itu.

“Sepanjang 15 tahun berkecimpung dalam dunia pengarahan, akhirnya hasil karya terbaru, Patahnya Sebelah Sayap mendapat sambutan luar biasa daripada penonton,” katanya.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here