PASKAL, Apa Yang Kita Tahu Setakat Ini?

0
1026
views
Sumber gambar: GSC Facebook Page

2 Mac 2018 yang lalu berlangsung majlis pelancaran dan sidang media sebuah filem bercorak ketenteraan tempatan yang akan ditayangkan pada tahun ini. Filem berjudul PASKAL itu benar-benar memberi keterujaan kepada peminat-peminat filem bergenre perang kepada kaki-kaki wayang tempatan. Mari kita apa yang kita tahu setakat mengenai filem PASKAL.

Diinspirasikan dari kejadian sebenar.

Kebiasaanya, filem bercorak ketenteraan akan diadaptasikan dari kejadian dan kisah sebenar yang berlaku pada sesebuah pasukan tentera. Hollywood seringkali mengunakan kejadian yang pernah berlaku pada anggota tentera US untuk diangkat menjadi sebuah filem.

Bagi filem PASKAL, sudah tentu perjalanan ceritanya diinsipirasikan dari kejadian yang pernah berlaku pada anggota elit tentera diraja Malaysia itu. Salah satu kejadian terkenal yang melibatkan anggota tentera PASKAL adalan misi membebaskan kapal dagang MT Bunga Laurel yang ditawan lanun Somalia di Teluk Aden pada 2011.

Jadi berdasarkan laporan dari media tempatan, kejadian di Teluk Aden akan dijadikan inspirasi dalam penghasilan cerita filem PASKAL. Selain itu juga, ia juga akan memaparkan kejadian yang pernah dialami anggota PASKAL dalam Misi Pengaman PBB di Angola pada 1998

Siapakah Pengarah Filem PASKAL?

Adrian Teh akan bertindak selaku pengarah dan juga penerbit untuk filem ini. Beliau yang berasal dari Pulau Pinang 5 buah filem dan antara yang terkenal adalah filem King Of Mahjong. 

Pelakon-Pelakon filem PASKAL?

Barisan pelakon PASKAL (Hadapan) – Sumber gambar: GSC Facebook page

Pelakon-pelakon filem PASKAL terdiri daripada Hairul Azreen, Ammar Alfian, Henley HiiTaufiq HanafiGambit Saifullah, Hafizul Kamal, Theebaan G, Jasmine Suraya Chin. Kesemua pelakon filem ini dikehendaki menjalani latihan asas PASKAL sebelum memulakan penggambaran. Ini penting supaya mereka dalam menerapkan disiplin anggota tentera elit itu semasa dalam penggambaran dan mencapai fizikal yang sesuai sebagai anggota tentera elit.

Tarikh dan Lokasi Penggambaran.

PASKAL akan memulakan penggambaran 10 Mac 2018 dan sehingga 14 Mei ini. Antara lokasi penggambaran adalah Maghribi, Kuala Lumpur, Lumut, Kota Kinabalu, dan Semporna.

Kos Penggambaran

Kos pembikinan filem PASKAL boleh dianggap besar iaitu sebanyak RM10 Juta. GSC Movies antara pelabur untuk filem ini dan ianya akan dipantau oleh Kementerian Pertahanan

Tarikh Tayangan

Setakat ini tarikh tayangan belum ditetapkan secara rasmi, tetapi ianya dijangka akan ditayangkan pada 31 Ogos 2018. Mereka ada tempoh masa 4 bulan selepas penggambaran untuk lakukan proses post-produksi.

Kepada peminat-peminat filem perang tempatan, apa harapan anda dengan penerbitan filem PASKAL ini?

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here