Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Paramount Batalkan Tarikh Tayangan Dua Filem Blockbuster Tahun Ini


Studio Paramount dikatakan telah membuat keputusan mengejutkan apabila menarik dua filem Blockbuster dari tarikh tayangan untuk tahun 2017. Dua filem yang dimaksudkan ialah Friday the 13th reboot dan sekuel filem perang zombi 2013, iaitu World War Z.

Menurut laporan Variety, Paramount menarik balik tarikh tayangan filem slasher Friday the 13th disebabkan kecewa dengan kutipan pembukaan filem Rings yang hanya mampu menarik kutipan sebanyak $13 juta sahaja. Manakala keputusan menarik balik tarikh tayangan World War Z 2 pula disebabkan masalah dalaman dimana pihak studio masih tidak dapat pengganti Juan Antonio Bayona yang meninggalkan projek tersebut tahun lepas.

Manakala perbincangan pihak studio dengan pengarah David Fincher menemui jalan buntu sehingga menyebabkan mereka menangguhkan tayangan filem World War Z 2 itu,

Bagaimanapun, Paramount masih mahu menayangkan filem sekuel World War Z pada tahun 2018 ataupun 2019. Filem terdahulu berjaya memberi pulangan besar kepada Paramount apabila berjaya mengutip sebanyak USD540 juta.

Cuma filem reboot Friday the 13th sahaja menjadi tanda tanya samada pihak studio mahu meneruskan tayangannya pada tahun hadapan ataupun berkubur begitu sahaja.


Keputusan pihak studio menarik balik dua filem yang ditunggu-tunggu oleh peminat filem slasher dan zombie pasti mengecewakan memadangkan ramai daripada mereka menanti kedua-dua filem terbaru itu.

Sementara itu, berita penarikan balik tarikh tayangan filem World War Z betul-betul mengejutkan pengarah filem David Fincher. Fincher yang dalam perbincangan dengan pihak studio mengenai kontrak dan bayarannya dilaporkan terkejut tetapi optimis bahawa pihak studio akan meneruskan sekuel filem Zombi itu.

Fincher dan Brat Pitt pernah bekerjasama dalam dua filem iaitu The Curious Case of Benjamin Button dan Fight Club dan Brat Pitt dilaporkan berminat untuk bekerjasama dengan Fincher dalam projek terbaru ini.


Related posts

Reboot ‘Friday the 13th’ Sedang Dibangunkan Oleh Pengarah Asal

Kakimuvee

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Trailer “ORPHAN: FIRST KILL” Goda Kepulangan Isabelle Fuhrman Sebagai Esther

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Paramount Umum Tarikh Pelancaran “Scream 6”

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee